Thursday, December 9, 2010

tablescapes..

makan, makan dan makan..

2009 - sejak awal tahun, entah kenapa saya jadi tak lalu makan.. perut lapar, tapi selera bagaikan mati bila melihat nasi dan bila lauk disuap ke mulut. penurunan selera tu macam roller coaster yang turun laju dari keadaan menegak. kadang2 bau yang terbit bila menumis pun terpaksa je tahan. ramai fikir saya jaga makan untuk jaga badan. sebenarnya tidak. saya suka makan. masa kecik dulu pun org gelarkan saya ikan buntal sebab saya chubby kiut.

tanpa sedar berat saya benar2 turun. sebelum kawin, berat saya maintain 44-45kg. lepas bersalin, maintain at 48kg. but in 2009, my weight turun sampai 39 kg. banyak baju saya menjadi sangat longgar sampai nampak macam pakai baju org lain. saya juga boleh muat jeans zaman single dulu. muka saya jadi kurus, tulang selangka juga jadi prominent.

tapi saya tak de la risau sangat.. saya rasa sihat, happy macam biasa. blood test pun normal. walau ada yang minta saya jumpa ustaz dan org2 alim kerana takut ada benda lain yang mengganggu, saya rasa tidak perlu. saya terima perubahan ini dengan fikiran terbuka.. aging process, haha..

alhamdulillah, after enrolling myself in a regular aerobic program, selera makan saya mula kembali. tetapi mungkin kerana sudah terbiasa makan sikit, saya dah rasa selesa dengan amaun yang sedikit. somehow, i'm the kind of person who can control my temptations. walau suka chocolates, cakes and ice cream dan banyak kueh2 tradisional yang manis... saya tak makan over2.

2010 - alhamdulillah, akhirnya penantian jadi kenyataan. alhamdulillah, kali ini tak de nausea sangat dan vomiting tiada langsung. sampai saya tertanya2 juga, betul ke pregnant ni? kehamilan yg lalu, saya biasanya memang selalu nauseated dan vomit sekali sekala, walau saya tak de masalah untuk makan.

seperti biasa, bila pregnant, selera saya luar biasa. dan saya akan ade perasaan nak makan macam2, dan saya akan cuba masak apa yang saya sebelum ni tak pernah masak. lapar datang tiba2... the fisrt month of pregnancy kali ni saya makan sangat banyak. saya seperti teruja untuk makan. saya akan makan nasi lemak atau mee goreng untuk breakfast dan sentiasa ready kueh dalam handbag untuk makan bila lapar tiba2. hasilnya... sebulan pregnant, berat naik sampai 4kg.

tetapi... saya rasa sungguh tidak selesa. perut rasa tak selesa, macam ade indigestion. sebu. letih dan lemah. towards the evening... saya kelesuan.

saya review balik cara pemakanan saya. kenapa perlu jadi hamba pada rasa lapar dan makanan? kita yang harus kuatkan mental dan menjaga pemakanan secara sihat. dan saya kembali kepada roti untuk breakfast - samada tuna sandwich, french toast, bread with scramble eggs, peanut butter sandwich, atau sekadar roti cicah milo/tea... itulah breakfast saya setiap hari sebelum pergi kerja. dan saya akan beli sejenis kueh utk bekal kalau tiba2 lapar jam 11 pg.

i took heavy lunch, but a light dinner, and lots of fruits. alhamdulillah... saya rasa lebih selesa sekarang. badan rasa sihat dan tidak kelesuan di petang hari.

kata sofea, perut umi dah buncit... hampir 3 bulan, memang dah terasa si kecil makin membesar. saya memilih untuk tidak lagi memakai kebaya atau kurung moden. saya kembali selesa dengan baju kurung yang tahun lepas saya rasa menggelebeh.. dan oleh kerana saya memang jenis suka pakai blaus longgar dan besar, saya tak de masalah dengan blouse and pants. kalau dulu kena pakai belt, sekarang tak perlu lagi.

dua minggu lagi saya akan bercuti... looking forward to tasting new food and trying new eating places. dan nak cari baju2 untuk perut saya yang semakin membesar, dan kasut yang lebih selesa untuk pergerakan yang stabil with good balance.

hmm... i'm loving my life :)

No comments:

Post a Comment