Tuesday, June 21, 2011

PESANAN BUAT SUAMI

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Friday, June 17, 2011

happy father's day

terima kasih Ayah, for turning me into who i am today.

thank you dear hubbyby, for being my soulmate, and being such a wonderful father to our children.. hanif, sofea and azalea..  i love you, always :)



(btw, for the young generations, Yusuf Islam was Cat Stevens in his younger years, and he already developed beautiful humanity songs at that time)

Saturday, June 11, 2011

whispering hope..



1st June 2011 - awakened at 2.30 am by contractions.. it was regular every 15 minutes, but not very strong. after about 1 hour, the contractions subsided. huh.. risau gak, kot tiba2 nak beranak. terus bangun solat hajat and buat solat sunat. terus tak leh tidur sampai pagi.

the next morning, terus kemaskan bag ready for hospital admission. bukan nak gi admit terus, but to keep stand-by in the car boot. barang baby dah lama siap, barang ummi je yang tak ready.

sampai kat  tempat kerja, memang rasa lain. rasa perut cam dah turun sikit. and ada lower back pain, lenguh2. tapi sepertti biasa, selagi tak de show/leaking, tetap kena kerja seperti biasa. habis gak waktu kerja. malam tu sakit lagi, tapi it didn't last long.

2nd June - decided not to drive, and request hubby to drive me to work that morning. dah tak sakit lagi... kerja cam biasa. dlm kul 11 pagi, pergi O&G clinic, for routine antenatal check-up. kita ni nama je doctor, antenatal check-up, hubby tak pernah ikut. bersalin pun hubby tak pernah tengok. so, bila tgk ibu2 lain pergi antenatal check-up ngan hubby depa, rasa jeles la jugak. hahha... tak main la manja2 ni.. kita professional, independent!!

jumpa ngan Dr Nasir, tetiba, dia cakap, "eh! ni transverse lie... dah 37 weeks, kena terus admit ni!". he did the scan and confirmed the findings. no choice, got to be admitted today. set new date for elective caesar on 8th June 2011. if i went into labour at any time, then emergency caesar should be done.

sesungguhnya, tak ready langsung nak kena admit ward. dah la long weekend, cuti sekolah pulak.. kesian anak2, ummi kat spital.

petang tu buat CTG, rasanya okay je, tapi ade time baby gerak tu, CTG cam tak cantik sket. so, they repeat another round. kali ni fetal tachy pula.. heart rate baby sampai 180 bpm, baseline at 170 bpm. kalut  HO & MO, takut ada fetal distress and nak kena em. caesar pula malam2 ni. so, terus kena set IV line (ntah kenapa, mlm tu susah nak dapat my line, walhal my veins are quite prominent ant timbul je kat tangan tu). bila cam gitu, kita ni terus ingat mati je... risau gak. dah la lupa bw Quran ptg tu, berzikir je la malam tu, tenangkan hati and harap baby tak distress lagi. alhamdulillah, the repeated CTG cantik... so, boleh la tidur.

2-3 hari dalam ward, and berehat, terus hilang contraction. fetal lie pun dah back to cephalic. but since we have decided for the el. caesar, kira proceed je la for op on June 8th.

perasaan nak buat operation kali ni sangat2 berbeza ngan masa nak buat op untuk deliver sofea dulu. sangat takut dan risau. most of the time dalam ward, sentiasa baca quran, and solat hajat every nite. doa tu tak terkata la.. memang nervous sangat2 dan asyik teringat mati. terubat juga bila petang2, hubby and anak2 datang jenguk, tapi tak leh nak nangis depan anak, nanti mereka sedih pula. menangis la sorang2 time nak tidur. kata orang, susah bila doctors jadi patients, sbb they know too much.. semua risks and complications kita tahu.. just hoping for the best!!

alhamdulillah, che and ayah finally decided to take a flight to  KT. it was a big motivational booster to me. rasa lebih tenang. and alhamdulillah, i was very calm on the operation day. woke up very early and prepared myself mentally, spiritually and physically for the operation. takut and nervous tetap ada, but alhamdulillah i was calm.

masuk OT, saspens nyer... Tuhan je tahu. masa nak bagi spinal pun kita gabra, sampai kita suruh depa stop kejap, kita nak take a deep breath.  i can see the wall clock even without my glasses (blurred), and i was aware of the time passed since incision. kenape kali ni lama? time sofea hari tu kejap je baby dah keluar, this time it took almost 15 minutes before baby delivered. i can only tarik nafas lega when i knew they were already closing. tengah closing tu, siap kita boleh tanya berapa blood loss??

i was in tears when they showed me the baby. lepas tu terus sejuk and shivering. they gave me pethidine to counteract the shivering. but... pening la pulak!! first time rasa the room is moving around me. memang tak leh bukak mata!! dekat recovery room, tak boleh tidur, but dah lega its over.

when they pushed me back to my room, i tried to sleep, tapi tak leh.. hubbyby and ayah kemudian balik bila everything dah settled. che stayed with me till petang...

(to be continued..)

Saturday, May 7, 2011

gearing up for the baby..

almost in my 34th week of pregnancy. and my last child birth was 6 years ago..



hmm.. barang baby banyak yang dah bagi other family members and kawan2. yang ada pun dah lama sangat.. ye lah, Hanif dah 11 y.o, and Sofea will be 6 y.o in 4 days time. in a way, banyak juga yang kena beli baru.

so, for the past few weeks kita dah mula survey barang2 baby kat kedai, visit online shops and blogs. dah mula juga shopping barang2 baby... tapi belum complete.

excited nak menerima kehadiran orang baru tak bermakna semua perlu beli baru. sekarang ni banyak pilihan, cuma kita perlu bijak memilih dan membeli. guided by the latest PaMa magazine, i created a checklist on the needs for the new baby, and would like to share it.. harap dapat dijadikan panduan :)

  1. Baby wear
    • shirts - you can prepare both long and short sleeve shirts, but staying in this hot climate country, i found long sleeves are not really necessary. as for the sizes, i would advise not to buy newborn sizes as babies usually grow very fast. just buy 2-3 pairs of 3-6 months sizes, and the rest should be more than 6 months size. for a start, i found front-buttoned shirts are more practical and easier to use on your fragile babies as compared to those without buttons. pullover shirts are more advisable when the baby's head control is better. as the baby grows you will definitely buy more clothes.
    • pants - your baby will need both short (day time) and long pants (night time). the sizes selection is the same as for the shirt.
    • mittens and booties - you need a lot of these. i prefer to buy those with similar pattern as the shirts/pants. but you may also want to buy a few universal pairs which can match along with many kind of shirts. your child will need these mittens until about 3-6 months of age, when they start gripping things.
    • bonnet/cap - you just need a few.. with different colors/style. it is only used when you take your baby for outings. you might also want to buy a few sets sold together with mittens/booties.. nampak sungguh cute bila pakai semua satu pasang.
    • rompers - baby sungguh cute bila pakai rompers.. masa baru lahir ni mungkin tak perlu lagi, but as the child grows, belilah a few..
  2. Baby Diapers
    • disposable diapers - i used disposable diapers for all my babies previously. you just need to find the ones that suits your baby well, and do not leave rashes on them. for a beginning, you can start with a pack of newborn size, and followed by S size. change the diapers every 4 hours, or as soon as it is soiled.
    • cloth diapers - these modern more eco-friendly have been introduced the past few years. although it may cost you > RM35/piece, it is still considered economical in the long run as you can use the same cloth diaper till your baby reach 3 years. you may need 6-7 pieces for a start, and may add some more as your baby grows. similar as disposable diapers, you need to change the diapers every 4 hours or as soon as it is soiled.
    • inserts - used together with cloth diapers. usually all cloth diapers are sold together with inserts.
    • wet wipes - really useful in the first few weeks of life to clean your baby as you change the diapers. but always clean with water whenever the baby passed motion. wet wipes are also very useful while travelling
    • pelapik menukar lampin - you need these to protect the beddings from getting dirty or wet. also useful during travelling.
  3. Baby care
    • baby powder and lotion - baby have delicate skin. lotions are needed to make sure the skin are kept soft and supple. the powders are required to keep the skin dry and prevent rashes, especially over the skin folds at the neck. powders and lotion also leave a wonderful smell on your delicate babies.
    • hair comb/brush - babies scalps are sensitive.. therefore, a soft hair comb or brush is needed. some babies develop cradle cap.. you need to always clean it with baby oil.
    • nail clipper - new mothers sometimes are scared to clip the baby's nails. choose nail clippers with safety features.
    • nappy rash cream - there are many creams out there. some that work on other babies may not work on yours. try with small tubes first.. and continue with a bigger tube if no reaction seen.
    • barut / baby binders - many modern mothers may not feel this necessary. but i still use barut for all my babies.
    • baby wrap - nowadays, there's a lot of choices on baby wraps. the use of the wraps - bagi baby rasa selamat dan kemas as if dalam pelukan.. and therefore can sleep more soundly. i usually use cotton napkins as baby wraps.
    • cotton buds/balls - these are to keep your babies in a hygienic condition
    • minyak telon - honestly, i don't like minyak... but i found minyak telon/minyak yuyee cap limau really nice and useful to prevent baby colic.
  4. Baby bathcare
    • baby tub - this is a must for any first child. many options are available out there. look for safety features such as anti-slip or textured bottom tub.
    • towels - need at least 2 for a start. look for soft, fluffy towels. many comes with beautiful patterns, but choose the ones that really serves the purpose.
    • facial towels / handkerchiefs - need a few to keep your baby clean and hygienic, especially following feeding.
    • baby bath/shampoo - you will definitely need these.. buy small packages for a start, and observe for reactions. if it suits your baby well, you can continue with the same brand in the future.
  5. Baby nursery/beddings
    • baby crib/cot - i had a passed-over baby cot from my sister. but i don't really feel it necessary as i prefer to sleep with my baby next to me on my bed. it is easier and more practical for breastfeeding purposes. but cots are really nice and beautiful. if you think you really need it, find the ones that can be used until pre-school age. some cots come with extra features eg. can be converted into playpen or sofa bed or junior bed as the child grows.
    • playpen - may also serve as baby cot, but is more portable as compared to baby crib, and can be easily folded for traveling. the price is slightly cheaper than cribs.
    • mattress and pillows - even if you don't buy cribs/playpen, you will definitely need matresses and pillows. chooses the ones that is comfy and safe for the baby. if  you choose to use cribs, you will also need to buy cot bumpers.
    • bedding cover - buy the ones with colorful and beautiful patterns, long lasting materials and easy to clean.
    • blankets - a must. you need a few. some are hooded, some are not. come with interesting cartoon characters, patterns and colors.
    • baby rocker / bouncer
  6. Baby feeding
    • Breastfeeding
      • breastpump - wide choice: manual, battery or electric powered pumps. you might want to consider the size and weight of the pump, and whether it suits you or not. most pumps come with a carrier bag.
      • breastmilk storage bottles/bag - you will need many of these, at least 8-10 bottles
      • cooler bag - especially needed if you're a working mom. it will keep your expressed breast milk within the required temperature while you are away from home.
      • reusable ice-packs - to be used together with cooler bags. it may maintain the desired temperature up to 12 hours
    • Bottle feeding
      • feeding bottles (BPA free) - glass or plastic. make sure it is BPA free and safe for the baby.
      • baby teats - comes in different shapes and sizes.
      • bottle brush - a must.
      • milk powder container
      • thermos - not too big or too small. find the one which is easy to carry for traveling.
      • a bag/basket - to store all the necessities on traveling.
  7. Baby carriers
    • baby carrier - pouch or sling or moby wrap. we seldom use the baby carrier we bought previously.
    • strollers - wide choice out there. buy the ones that fit your budget.
    • car seats - i sold hanif's car seat to my friend. working mothers will need these. i really found it useful for Hanif. but you need to train your children using it since small. otherwise, they don't like it (like Sofea).
fuh.. panjang jugak ye.. anyway, hope this will be beneficial for 'mothers to be' out there :)

    Saturday, April 30, 2011

    ahh.. the wedding bliss..

    i have always been mesmerized by beautiful weddings.. be it simple or elaborate, i enjoy them all.


    almost 30 years ago, i can still remember watching the live telecast of prince charles and lady diana spencer grand wedding. i loved the to see the beautiful diana, the wedding dress, and as a 10 year old girl at that time, i envied the bridesmaid... even they looked pretty and sweet.



    and when the wedding was shown again on TLC yesterday (Charles and Di - Once Upon A Time), i still got hooked in front of the box.

    and i was actually excited to watch the royal wedding of William and Kate yesterday. i was nailed in front of the tv the whole day! unlike charles and di, the newly-wed couple is so much in love with each other. you can see it in their eyes... i really love watching the way William looked at Kate while saying his wedding vows with his loving smile.


    and Kate portrayed a classic beauty.. with her elegant and stunning wedding dress, a beautiful tiara and veil, and of course her graceful smile.. she looked very regal.


    what caught my eyes on tv yesterday:
    • the royal cars do not have tinted windows.. all are transparently see through.. (cuaca UK tak panas, so ok la,,)
    • the people really loves the royal family
    • the timing was accurate.. tak de la lambat and slow kena tunggu VIP macam kat malaysia
    • besides the main royal family, the rest of the royal members were transported using luxury mini coaches
    • the horse carriage memang cantik.. and tahan beratus tahun
    • kelakar tengok topi2 the ladies... paling kelakar princess beatrice's hat yang kelihatan seperti tanduk rusa, and victoria beckham's hat yang macam nak jatuh.
    • preggy victoria wore a 3-inched heels!!!
    • suka tengok kepala william... baru 28 dah macam tu!!
    • william was so handsome.. and kate was so beautiful!! what a lovely couple..
    • gaya prince harry jalan sungguh tidak macho..
    • william sungguh handsome in his military uniform, tapi pingat dia sikit sangat. bajunya nampak kosong.
    • lama jugak mereka kena berdiri time bertukar2 wedding vows tu.. (tabik tu 90 y.o prince philip and 85 y.o queen elizabeth)
    • the young bridesmaids were so cute.. macam ngantuk je!!
    • kalau diana masih ade... mesti dia sangat elegant and cantik yesterday as compared to camilla-parker
    • hilang sudah ke'handsome'an prince andrew and prince edward..
    • time prince philip nak naik horse carriage, tetiba kelihatan carriage tu macam nak jatuh.
    • the couple kissed twice at the balcony.. so sweet :)
    hari ni kita tengok lagi kat tv... hmm.. tak puas2!!

    to the Duke and Duchess of Cambridge.. may you live happily ever after.. :))

    Thursday, April 21, 2011

    "aku terima nikahnya.."

    kata bijak pandai.. "kalau kail panjang sejengkal jangan diduga lautan yang dalam"..

    i'm writing this in response to our heated discussion in the "My Family - The Omarsafiah" page in facebook. to those who're not in the group... the discussion is on Nikah Khitbah, and marriage for young couples aka university students.

    dear beloved nieces and nephews,

    don't get us wrong. perkahwinan itu sesuatu yang tersangat mulia dan suci, dan sangat dianjurkan oleh Islam. di dalam Al Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "dan di antara tanda2 kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya, kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (surah al-Rum, ayat 21).

    we NEVER said that we are against early marriage. but as experienced adults we want you to see marriage in the right perspectives and in a wider aspects of life.

    my dearest nieces, all the points mentioned in the discussion, are nothing new to us. itu semua ada termaktub di dalam al quran and hadith sejak dari dulu lagi. we also attended usrah.. we were young and were also a student before. kata orang.. 'been there, done that". jangan fikir kami kawin ni tanpa ilmu!! we do not just get married bersandarkan perspective sosialis, materialis, kapitalis.. for heaven's sake... we are all moslems!! malah di dalam mana2 agama pun.. marriage is a holy institution... its not merely done just to menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. sebab itu kita menyebutnya sebagai MEMBINA sebuah perkahwinan. yang di'bina' itu biar kukuh, tegak berdiri dan tidak mudah runtuh.

    tak perlu nak tengokjauh2 pasal kawin masa belajar. mama, che ngah and achik, also got married while they’re still studying (in malaysia, UK dan US). ateh also wanted to get married while in UK but ayah insisted that she need to finished her studies. it happens in our family.. all three ended in three different ways.. but alhamdulillah, with Allah's guidance dan restu ibubapa, semua successful though the journey might have not been a smooth ride, the road was bumpy and winding!! the rest of us waited till we finished our studies and secured ourselves with a stable career. alhamdulillah juga, berkat restu ibuayah dan izin Allah, kehidupan kami juga dirahmati kebahagiaan dan kejayaan. perlu di ingat, perjalanan hidup masih panjang.. apa cabaran yang menanti di esok hari, di luar pengetahuan kita. oleh itu, beringatlah untuk masa depan.. don't look too good, nor talk too wise..

    my love, what you are seeing now is only the beauty of the white sandy beach.. dengan pokok kelapa yang melambai, ombak menghempas pantai dan bayu yang nyaman dan mendamaikan. indahnya melihat sunset di waktu senja. ahh.. luasnya lautan dalam.. mesti seronok belayar ke sana..tapi ingat, anda baru mengenal laut yang sekadar di bawah cengkerang kecil..

    gelora di lautan dalam tiada siapa yang tahu. persediaanya mesti rapi... you ingat boleh senang2 naik dinghy berdua ke sana? Nak pakai rakit ke, dinghy ke, sampan ke, bot nelayan ke, bot besar atau kapal atau cruise... kesemuanya mendatangkan cabaran yang berbeza. aleh2... tak sampai 10 minit belayar ke lautan, kamu dah terjelepuk.. pening, loya dan muntah2... mabuk laut!! menangis2 nak kembali ke daratan.

    kalau sekadar naik bot kecil.. nak kencing and berak pun susah.. apa lagi nak masak. hebat mana pun bot kamu, bila ditengah lautan sana.. baru kamu sedar betapa kerdilnya kamu. stranded in the big sea.. ingat senang2 ade orang boleh locate kamu and selamatkan kamu? kalau senang tak de la yang hilang di lautan di zaman moden ni. come the ribut, taufan, gelora dan badai... mati pulak enjin bot, dan baru sedar tidak tahu mengayuh sampan.. di waktu itu baru kamu tahu langit itu tinggi atau rendah.

    dan di kala itu kamu akan terkenang nelayan tua berpakaian lusuh dan tak de gigi yang berkali2 menasihati kamu yang ghairah nak ke laut tadi..

    ya.. janji Allah itu benar.. tapi lihatlah perjuangan Rasulllah dan para sahabat... tak mudah!! banyak pahit dan getir yang terpaksa kekasih Allah lalui sebelum Islam dapat benar2 ditegakkan. dan mereka itu semua orang2 terpilih yang sudah dijanjikan syurga.. inikan kita yang kerdil dan tersangat jauh berbanding mereka... apa yang kita doakan hari ni, tak semestinya kita dapat esok, dan tidak semudah itu kita dapat. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. you wish to see a beautiful rainbow, tapi tak semudah itu kamu boleh jumpa pelangi...

    yes, kami semua pernah muda belia. pernah minat, suka, admire budak2 laki. tapi maaf, enda tak pernah jadikan diri enda hamba kepada perasaan. kita ada akal, kenapa nak mudah tergoda dengan lelaki? kita ada harga diri, ada pegangan dan pendirian. bohonglah kalau tak pernah rasa teringat2, excited bila nampak kelibat lelaki diminati. that is normal. tapi biarlah akal yang mengawal diri kita. jangan jadi bodoh dan hamba kepada hawa nafsu semata. as mentioned before, identify your priorities... and focus on it. dan berdoalah untuk jodoh yang baik..

    and it is not about habiskan belajar ilmu akademik and money, dear... memang dalam quran tak pernah sebut habis belajar as an indicator you are ready to get married. ingat, mentafsir quran bukan mudah... kena berguru! no doubt, life itself is about learning, and you will never stop learning. the theories you learn in school may not be applicable in 'real' life without taking into considerations many other contributing factors.

    in real life, 1+1 is not always equal to 2.. the mathematics is different. kamu umpama anak2 kecil yang baru melihat hebatnya ilmu darab dan bahagi... belum kenal mengira luas dan isipadu ruang yang pelbagai bentuk, teorem phytogoras, ilmu kebarangkalian mahupun matematik pelayaran.

    dan ingatlah juga, ilmu akademik itu juga ilmu Allah.. fardhu kifayah kita mempelajarinya. kerana cita2 kita membangunkan generasi islami, masyarakat islamik. tanpa ilmu-ilmu itu, kita tidak mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa dan agama lain. belajarlah dari kegigihan bangsa yahudi dan bangsa cina..

    istimewanya kita berbanding makhluk Allah yang lain kerana kita dikurniakan akal. gunakanlah ia sebaiknya... ramai orang yang pandai... tapi tak semua yang pandai itu bijak.. jangan lupa kekuatan mental dan rohani.

    a good knowledge may make you a clever person.. but it takes more than that to become a WISE person..

    akhir kalam, kita tidak menghalang early marriage.. but you must understand it in the correct perspectives. identify your life priorities.. focus and address them accordingly. equip yourself with knowledge and essential living skills. empowered yourself with spiritual and religious knowledge. istiqamahlah dengan solat dan doa. dan tidak rugi mereka yang beristikharah..

    jika sudah bersedia dan sudah bertemu jodoh yang baik, maka teruskanlah.. perkahwinan sangat dianjurkan untuk menjaga keturunan dan mengelakkan maksiat . seperti pesan ayah pada enda satu ketika dulu... mentimun dan pisau sudah di tangan.. corakkanlah ia.. and be responsible on your life decisions.

    the world is beautiful to look at..; just remember to pray that your life will be as beautiful..

    doa dan kasih sayang enda mengiringi perjalanan hidup kalian.. :)

    Friday, April 1, 2011

    rescue me..

    it has been a tiring week.

    well, honestly, i never felt the AGM as a stress factor. i was given the mandate to be the organising chairperson a month before the event was scheduled to take place. i took it as a challenge and consider it as my contribution to society.

    this is the first time we held it at a larger scale, outside the hospital premise, and with a limited budget of about RM5k. i thank the Almighty for blessing me with a wonderful committee.. they are young energetic people who work efficiently within the 3 weeks that we had. and believe me, i hardly knew them before this. they came from different departments and were suggested by their bosses.. well, i guess that's the reason why they are outstanding people.

    yep, ensuring the preparation ran as scheduled was not easy. they are not my MOs, and they have their own busy schedules and calls to be done. somehow, i was not that worried, tak de sikit pun rasa tense-up. cuma risau sikit pasal multimedia presentation je.. nak kata enjoy, tak jugak. but i took it at a lighter level as compared to my own task in my own dept.

    alhamdulillah, yesterday the event ran smoothly as planned, and it even ended on time (this is unexpected!). we worried that people won't come... siapa yang suka dtg AGM?? but, alhamdulillah.. we manage to get crowd. the 80 door-gifts semua habis. some of them went home with lucky draw gifts, and we get some fresh new faces as the newly-elected exco members.

    my heartfelt thanks, appreciation and gratitude goes to my committee - zan, kama, firdaus, hafizi, faizal, rosmaliza, ariza, izzah and laila. not forgetting the contributions from the link-MOs, namely firdaus plastic, irman, lim, janaki, redzuan, aljadidi, ropi, shikin; and the emcees, ihfaz and hajar.

    ***************************************************************************

    on another note, it was a busy week.

    it started with hanif getting the urti.. but his was not that bad. dah besar, pandai jaga ubat sendiri.

    sofea had bad urti.. and her asthma exacerbated. tak tidur malam juga.. ensuring she got the puffs as needed, making sure the temperature is under controlled.. kesian bila tidurnya terganggu with all the coughing and nose block. dua hari tak gi sekolah.

    that was followed by hubbyby pula.. alhamdulillah, tak terjangkit to ummi.

    and to juggle all those things with the burden at work... penat. we're lack of people, some were on leave, and few went to courses and meetings. i know my MOs were doing their best but they really need to work faster and more efficient. tak terkata juga bila keluar OT at 2pm and there were more than 20 morning patients still waiting to be seen, and the afternoon patients dah mula datang.. i just hope things will get better in the next few weeks.. i do really hope so. i'm already at 28 weeks pregnancy..

    semalam balik dari AGM, masuk kereta terus rasa penat. sampai rumah terus lembik atas katil after solat asar. my body was aching.. kaki2 terasa lenguh. tertunggu2 hubbyby balik kerja.. i need his shoulder to cry on, i need him to hold me in his arms and give me his big hug, and i need him to release the pain i felt.

    tomorrow nak manjakan diri.. lepas round ward harap2 everything is ok.. nak gi salon, sofea pun dah banyak kali request nak potong rambut. kalau sempat, nak gi massage.. harap2 sempat laa..

    one word frees us of all the weight and pain of life; that word is love..

    Saturday, February 26, 2011

    kalau aku kaya..

    weekend yang sungguh membosankan..

    kata bijak pandai, mindset kita yang sebenarnya mengawal emosi kita. kalau kita kata bosan, maka bosanlah..

    ntahla.. malas pulak nak cakap pasal bijak pandai. nak cakap pasal realiti kehidupan. memanglah kita dikawal oleh mindset, tapi kadang2 penat juga jadi macam bagus je.. nak lepas perasaan, berpijak di alam nyata.

    hari ni oncall. so was yesterday, and the day before. dari mula kerja hingga sekarang, hati kurang selesa bila oncall. nak beseronok dengan family pun tak senang. walhal dah jadi specialist ni, tak de la teruk mana.. tapi hari ni ada 2 emergency op waiting. it's 5.30 pm, and still waiting for ot call.

    this would be the first time em. case would be performed at night at daycare ot. yes, the eye department had moved totally yo daycare ot. no matter whether its in-patient or day care case; no matter whether its emergency or elective. i don't mind doing cases at night, but to do it at daycare OT is.. something i never agreed. menyusahkan banyak pihak..

    and i AIN'T like it. period.

    bila tengah sengsara tunggu ot panggil ni, mula lah berangan... kalaulah aku kaya..

    kalau aku kaya..

    • aku dah tak nak kerja makan gaji lagi. mungkin dah tak nak kerja hospital lagi. kalau boleh nak jadi housewife je.. (impian yang entah bila akan jadi nyata..)
    • aku nak buat rumah idaman.. not necessarily a big house, but cosy enough for my family. i need a wonderful kitchen, splendid family room, good landscape and a wonderful garden with patios and beautiful lawn for us to relax around. i am a homely type person. i want a lovely home..
    • settle all debts. and perhaps buy more land and shoplots.. (phew.. banyak duit??)
    • i would go for haj, and insyaAllah umrah as often as i could.
    • i would travel.. and see the world. europe, new zealand, turkey and the middle east, south korea and japan.. (dream on, babe!!)
    • i would donate and renovate the tahfiz center kat kampung. provide all the facilities needed, and make sure its running smoothly under good administration
    • i would make sure my parents enjoy their remaining life in whatever way they would love to..
    • i would attend baking classes, and learn to bake cakes and pastry and make homemade bread and buns for my family.
    • i would learn how to prepare all the traditional dishes and kueh that i have always enjoyed eating.
    • i would make sure all my children received the best education ever.. and help them become wonderful, successful people.
    • i would start a business of my own.. maybe open-up a halal and toyyib bakery with a cosy eating corner; or start a superb laundry service untuk manusia2 yang sentiasa sibuk dan isteri2 yang malas dan tak ada masa untuk uruskan laundry
    • open-up a catering service , eg. "mangkuk-tingkat".com in which peolpe would order food online, and kita hantar ke rumah mereka. sekarang ni sumer orang kerja and balik lewat. this is a good business.. asalkan food sedap and service bagus, i'm sure people won't mind paying for the service.

    ahh... giler berangan ntah ape2..

    kesimpulannya, i'm tired of waiting for the OT to call. am already hungry, and will go down and get myself a bowl of bubur lambuk that i have always loved.. specially prepared by my mother in law.

    masuk 45 nanti, nak mintak option bersara awal. boleh tak cik abang?? tolonglah... izinkan saya jadi housewife.. kita bukan nak kaya sangat pun.. (ohh.. what a contradictory statement!!)

    Wednesday, February 16, 2011

    need you now

    picture perfect memories scattered all around the floor,
    reaching for the phone 'cause i can't fight it anymore..

    and I wonder if I ever cross your mind..
    for me it happens all the time..

    it's a quarter after one,
    i'm all alone,
    and I need you now..
    said I wouldn't call,
    but I've lost all control,
    and I need you now..

    and I don't know how,
    I can do without..
    I just need you now..

    (Need You Now - Lady Antebellum)

    Friday, January 21, 2011

    tentang hati..

    kata orang, bila usia meningkat, hati lebih sensitif. entah la. samada diri diinjak usia atau sememangnya hati mudah tersentuh. tapi minggu ini penuh tangisan..

    i found myself in tears almost everyday for the past one week. don't get me wrong. bukan tangisan kecewa atau sedih. anita susah nak menangis bila sakit hati, atau kena marah, dia kuat dan rebellious!

    saya hanya mudah menangis bila berbicara tentang hati, orang2 tersayang esp ibuayah, dan bila berbicara tentang kehidupan. sejak setahun yang lepas, hidup saya agak lesu.. tak bersemangat dan hilang kekuatan.

    alhamdulillah, towards the last quarter of the year, i got the courage to let go..

    buku travelog haji.. mengubah sempadan iman by prof muhd kamil ibrahim banyak mendidik saya. carilah buku ini. ia memang bestseller, tapi sentiasa di cetak baru. prof kamil's writing gave me goosebumps. it is definitely a good read.

    i have also changed my frequency and listen to 100.2 fm in the car. they have good programs, but not well advertised. i found the morning motivational talk very inspiring. the person who gave the motivational talk bertukar2 ikut bulan. dan bulan ni suka cakap tentang hati.. hari2 buat kita menangis on the way pergi kerja. bukan setakat bergenang air mata, mengalir2 sampai tersedu sedan. cerita pasal monyet pun boleh nangis.. haha..

    tapi begitulah.. yang penting dalam membentuk kehidupan itu hati yang bersih, yang jernih, yang lembut. dan saya rasa faktor itu juga yang menyebabkan daa'wah al-arqam menjadi suatu ketika dulu. arqam banyak berbicara tentang hati, daa'wahnya lembut dan menusuk jiwa memberi kesedaran. cuma silapnya arqam bila terlalu taksub pada abuya, dan ketaksuban itulah yang membawa kepada keterpesongan akidah.

    di 100.2 fm juga saya suka mendengar program Keluarga Sakinah kendalian Prof Datuk Sidek Baba, dan Mahligai Kasih. kedua2nya tentang kehidupan berkeluarga.

    malam khamis lalu, i watched a great movie. tak plan pun, cuma sekadar mengisi masa sambil tunggu suami pulang dari kerja. but it was a good movie, and i even asked hanif and sofea to watch with me. tajuk movie tu Gifted Hands. a true story of a neurosurgeon dr benjamin carson from john hopkins hospital. cerita tentang kekuatan dan kemahuan. kekuatan dr carson adalah ibunya dan keinginannya untuk berubah, dan pergantungannya pada tuhan.

    hidup ini satu amanah. dan peluang itu hanya datang sekali. lihatlah segala di sekeliling kita sebagaimana mata lebah, jangan jadi mata lalat. apa yang berlaku dalam hidup kebanyakannya adalah pilihan kita, bukan kebetulan.

    jika kita memilih untuk berjaya, maka itu jalan hidup kita. tetapi perjalanan kita mencapai kejayaan dan kebahagiaan mungkin banyak ranjau dan duri yang perlu kita harungi. percayalah, ranjau dan duri itulah yang membentuk peribadi dan jati diri, membina kekuatan mental dan spiritual, malah fizikal. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak akan datang melayang.

    belajarlah dari kejayaan orang lain. bukalah pintu hati untuk menerima pengajaran kehidupan dalam apa cara sekalipun. salurkan tenaga kekuatan kita untuk melihat kehidupan dengan penuh keinsafan dan fikiran yang terbuka. hiasilah kehidupan ini dengan kasih sayang untuk semua di sekeliling kita, kerana ia menambah kemanisan hidup, membuat kita bahagia.

    life without love is like a tree without blossoms or fruit..

    to end this entry, i will leave you with this wonderful old song from m.nasir and rahim maarof. listen to the beautiful lyrics.. falsafah cinta

    Thursday, January 20, 2011

    a tribute to Pa' Su

    growing up in a world of girls, i just realised how fortunate i am to be surrounded by wonderful men in the family... one of them is Pa' Su, who inspired me through my younger years.

    this entry should be written on Jan 5th, as it was the day Pa' Su, my youngest uncle was born. Pa' Su.. that's how he always wrote it, though we always spelled it as Pak Su. Born as Abdullah Zawawi, but more popular as Shukri among family members.

    Pa'Su and Che

    Pa' Su is my mom's youngest brother. he was born premature and was always described as very small during his infancy. being the youngest in the family, semua orang sayang Pa' Su..

    the age gap between pa' su and my mom agak jauh. and pa' su pernah cakap that my parents are more like parents than sister/bro-in-law to him. he was only 7 when my parents got married.

    pa' su has always been a bright student at school. according to him, zaman dia belajar, tak pakai buku but they carried a board yang mereka boleh tulis and padam and tulis semula. being a bright student, he was enrolled into the Special Malay class in an english based school in KB, which was sultan ismail college (SIC).

    pa' su went to ITM, and later received a scholarship to further studies in UK. in fact pa' su was the first lad from our kampung who ever got such scholarship to go overseas. before him, his uncles also went overseas, but they were sent to al azhar univ in egypt. in fact, his father (my tok ayah) also spent about three years in Makkah during his teenage years, walaupun tak masuk universiti.

    my first encounter with pa' su was in 1977, when he returned from UK for good. i was 6 y.o at that time, and can still remember how everyone was so excited to see him. so we went to the airport ramai2 utk sambut pa' su, and later makan ramai2 kat rumah tok ayah.

    that was the first time i received gifts from UK.. i can still remember, pa' su bought something for everyone. and i got at least 2 dresses which i can still remember till now. my older sisters got handbags, purses and watches. and he brought home wonderfully tasted chocolates that we had never seen in the land of KB before.

    shortly after his return, pa' su dapat kerja in KL. during that time, his mother (Mak) got sick and finally died in 1978 at our home in taman guru. pa' su was in KL at that time, and took the earliest flight home with kak ya (my eldest sister). by the time mereka sampai, jenazah sudah dimandikan. i can still remember how everybody waited for pa'su utk tatap wajap ibunya buat kali terakhir. it was a very sad moment.

    pa' su is always quite emotional whenever 'Mak' is brought into conversation. dan dia tak banyak bercerita pasal Mak to his wife. kenapa... kami pun tak tahu, tapi pa' su memang tak sempat berbakti lama utk ibunya. tok ayah dan mak bukan orang senang, dan pa' su tak sempat memberikan kesenangan itu pada Mak. mungkin dia cukup terkilan..

    later, pa' su was transferred to singapore, as an accountant with exon-mobil. lama jugak in singapore. sempat la kami ber'holiday' di singapore masa pa' su kerja kat sana. we went there in 1979, and the house where he lived was the most modern house i ever seen at that time. rumah 3 level, with entrance from the kitchen on the ground floor. main entrance on the second floor thru the living room, and the third floor was where most of the rooms are. all rooms were air-conditioned. masa tu jakun la, mana pernah tidur dalam air-con. we went there in december, and kat sana lah kita jumpa santa claus and a fire-engine truck for the first time. and had a ride on a cable car for the first time too when we visit sentosa island.

    everytime pa' su balik cuti, dia akan bw pulang chocolate banyak2, and kalau musim raya, he was the one tukang supply mercun dan bunga api. dan bila pa' su balik cuti, kami akan selalu borak2 kat balcony rumah ayah while waiting for Isya' prayers. dan kita masih ingat kata2 keramat pa' su... 'kalau pandai tetapi tak sembahyang, tak ade makna. tak bagus.'

    pa' su got married in 1981. it was an arranged marriage since pa' su susah nak jumpa the right person. he was already 30 at that time. masa pa' su mula kawin memang gembira, but later kami (kak ei and me) rasa kehilangan. everytime balik kb, pa' su banyak spent time rumah in-laws nya as compared to our house. (actually rumah kami tak cukup bilik.. masa tu blm pandai fikir! budak-budak lagi..)

    somewhere in 1982/83, pa' su pindah to kemaman bila exon-mobil mula beroperasi di kemaman. they stayed in rantau petronas agak lama. only few years back, mereka pindah to their old house in subang jaya bila exon-mobil decide to bring most of their people to work in KL at KLCC. at 60, pa' su still continue working as senior accountant with exon-mobil on contract-basis.

    one thing very peculiar about pa' su... kita tak pernah dengar dia panggil his father 'ayah'. whenever he talked to his father, he always used gantinama 'saya' dan 'awak'. kami pernah tegur pa' su, minta dia panggil 'ayah', tapi mungkin dah terbiasa dan dah tua, he never changed the way he talked to his father, until tok ayah passed away in 1990.

    tok ayah's passing was a turning point for him. bila diberitahu tok ayah sakit, pa' su tak keruan dan tak boleh fikir perkara lain. he decided utk balik kb on the spot and his wife had to pack everything up urgently. even the dishes were left unwashed. he was always by his side, till the last breath. pa' su changed into a better person after that. lebih rajin beribadah dan ke surau.

    walau pa' su tergolong orang berada, he is always a humble person. and he brought-up all his children humbly. walau mampu, pa' su hidup sederhana dan sangat dihormati bila balik kampung. pa' su tak pernah bawak anak2 pergi holiday kat overseas. cuma lately, bila anak2 dah besar, barulah pa' su banyak travel, itu pun selalunya berdua aje ngan mak su.

    last year was a challenging year for pa' su and family when his eldest son was diagnosed to have leukaemia (AML). pa' su sangat sedih, and cannot talk about it. bila dia telefon to inform che pun dia cannot cakap banyak, sebak dan menangis. alhamdulillah, after chemo, khalis got better and had his auto-bone marrow transplant recently.

    pa' su sangat menghormati orang tua2, dan tak pernah lupakan his living aunties. banyak bersedekah and among the consistent contributors to the sekolah tahfiz yang ayah jaga.

    pa' su sama macam ayah, health conscious. sangat menjaga kesihatan. at 60, he is still handsome and fit. sentiasa senyum dan ceria.

    happy 60th birthday, pa' su. moga hidup sentiasa di bawah rahmatNya..

    Thursday, January 6, 2011

    cerita Tok Bun dan Tok Lee

    siapa yang tak kenal misbun sidek. pemain badminton malaysia pertama yang mencetus fenomena di peringkat antarabangsa di awal tahun 80an. dia jugalah pencetus kegemilangan sukan badminton negara.

    kami adik beradik peminat setia misbun dan adik2 nya. dan misbun memang tidak ada duanya. dia memang unik, berkarakter dan tersendiri. sejak dulu lagi dia lain dari yang lain. pernah mencetus kontroversi bila dia pernah tidak mahu menjalani latihan bersama BAM dan berlatih sendiri bersama teman baik dan sparring partnernya Ajib Mohideen. dia berlatih di bawah pengawasan seseorang yang kepalanya separuh botak, tapi saya dah lupa namanya. dan cara mereka memang berbeza dari kebiasaan.

    misbun memang komited mahu menjadi juara dunia. dia seorang yang berdisiplin, komited dan dedikasi dengan jalan yang dia pilih. pernah juga mewarnai dunia sukan tanahair dengan rambut gaya mohican dan kemudian mewarnakan rambut nya kuning hanya di bahagian tengah. tapi prestasinya tetap cemerlang. namanya sebaris Lim Swee King, Yang Yang, Morten Frost Hansen dan Prakash Padukone pada waktu itu.

    dan kini sebagai coach tiada yang dapat menafikan kehebatan dan jasa Misbun. komitmentnya tiada bandingan. dia bekerja bukan untuk wang dan nama. pernah terpaksa meninggalkan isteri yang sedang menerima rawatan masalah buah pinggang, demi negara. pernah di potong gaji kerana beliau kemudian terpaksa memberi perhatian kepada kesihatan isteri. pernah ditahan pihak imigresen sewaktu hendak mengiringi skuad kebangsaan ke luar negara atas arahan orang atasan badan sukan negara. tetapi pernahkah misbun merungut dan bercerita di dada akhbar memburukkan sesiapa? TIDAK. dan dia tetap meneruskan tugasnya tanpa berbelah bagi sejak awal tahun 2000. beliau sebenarnya di bawa oleh MSN dan dipinjamkan dari Nusa Mahsuri untuk mencurah bakti kepada negara melalui BAM demi kepentingan sukan badminton negara. BAM memang sentiasa bermasalah.

    kerana itu saya sungguh terkilan bila ada pegawai tinggi badan sukan negara yang dengan sombongnya mengatakan misbun hanya melatih LCW. orang kita memang mudah lupa.. dan saya sakit hati membaca kenyataan presiden BAM dengan angkuhnya mengatakan LCW lupa daratan. LCW tidak pernah lupa daratan, sebab itu dia mahu ikut jejak misbun. adab berguru, merendah diri dan menghormati guru. LCW memang anak didik yang baik dan memang komited sebagaimana jurulatihnya. kenapa hanya LCW yang cemerlang ketika ini sbb hanya dia yang benar2 komited, mendengar kata dan berdisiplin. siapa yang menyentuh hati misbun bila sentiasa berada di gelanggang latihan jauh lebih awal dari pemain lain sedangkan dia ternyata berada di dalam kelasnya yang tersendiri? mereka jelas dengan target ditetapkan dan mereka ikhlas dan komited bekerja mencapainya. sebab itu gandingan mereka mantap.

    tak perlulah BAM mengungkit soal perbelanjaan yang dikeluarkan untuk LCW dan misbun kerana mereka memang membuahkan hasil. dan merekalah yang menaikkan imej BAM dan mengharumkan nama negara. bagaimana dengan perbelanjaan untuk pemain dan jurulatih lain yang tidak memberikan apa2 pulangan cemerlang? kecuali untuk beberapa pasangan beregu dan jurulatih mereka, kita sebenarnya bagai tiada pelapis pemain perseorangan.

    selain LCW, rashid yang pernah jadi juara dunia juga dilatih misbun. siapa yang boleh lupa kisah roslin hashim keluar BAM untuk berguru dgn misbun? roslin mendapat sokongan ramai peminat dan mendapat derma mencurah2 untuk membantu roslin dan Nusa Mahsuri. roslin kemudian cemerlang dan turut menjadi juara dunia ketika dibawah pengawasan misbun. begitu juga hafiz hashim yang menamatkan kemarau kemenangan All England setelah sekian lama. dan juga wong mew choo.. satu2nya pemain single wanita yang cemerlang semenjak zaman sylvia ng.

    kemelut persatuan sukan tanah air memang memualkan. seingat saya BAM paling cemerlang sewaktu di bawah teraju tan sri elyas omar, dan ketika itulah sejarah membawa kembali piala thomas menjadi kenyataan pada tahun 1992.

    usahlah hanya tahu bercakap, memberikan arahan dan memberi komen negatif bila pemain kalah. tiada athlete yang bermain untuk kalah, berilah sokongan dan komen membina. dan jangan hanya menempelkan muka tersenyum kebanggaan bersalam dan memeluk pemain dan jurulatih (di depan press) bila mereka berjaya di kejohanan besar.. ia sungguh memualkan!!

    misbun sidek.. pengorbanannya dan jasanya tidak tertulis.. usahlah dipersoalkan keikhlasan dan pengorbanannya untuk negara. hargailah dan hormatilah dia..

    Saturday, January 1, 2011

    looking back..

    masa zaman muda2 kita antara peminat setia cerita hong kong yang disiarkan petang2 pukul 6 kat tv3. salah satu cerita tu tajuknya was Looking Back in Anger.

    ari ni bukan nak cerita pasal cerita tu, cuma nak look back apa yang dah kita lalui setahun yang lepas. sorry, kita tak celebrate new year. malam tadi pun kul 10mlm dah tidur. tak de azam baru pelik2, cuma kita mengharapkan akan terus dapat memperbaiki diri dan semoga tahun 2011 akan lebih membawa kejayaan dan dipermudahkan segala urusan.

    ape yang menarik in 2010:

    • haha.. tetiba blank! macam tak de sangat yang mengembirakan la.. sat nanti kita pikir jap. ok la, kita tulis in random, tak ikut chronological order (ohh! seksanya menaip tak pakai spek ni..!!)
    • perkara yang paling menarik... bila UPT +ve. sebenarnya kita sedikit pun tak sangka dan setelah umur menjengah ambang 40... kita dah tak mengharapkan sangat. tapi kita menerima ketentuan ini dengan hati terbuka dan perasaan gembira. doa kita, semoga semuanya dipermudahkan dan dalam peliharaanNya.
    • sofea dapat anugerah Pelajar Cemerlang utk kelasnya di Taska Yayasan Islam.
    • hanif's performance at school also bertambah baik. periksa akhir tahun dapat number 4. semoga 2011 hanif dan sofea akan lebih cemerlang.
    • hubbyby opened another branch.. we named it Kelip-kelip. sebenarnya, bangunan tu kami sewa untuk di buat store sebab rumah kami pun dah jadi macam store, penuh ngan kotak. dan kami fikir dari bayar sewa hanya untuk stock-up barang2, lebih baik kami buat display sekali dan mulakan jualan. sekurang2nya pendapatan kedai tu boleh cover sewa kedai, utility bills and gaji pekerja.
    • kami dah daftar haji tapi kalau ada rezeki lebih, rasanya nak gi buat umrah dulu.
    • rasanya tahun ni saya lebih banyak diam, dah kurang emo dan jarang marah2. itu doa saya setiap hari.. tapi saya tetap seorang yang tegas dan serius bila tiba bab kerja.
    • selera makan bertambah baik, dan sejak berbadan dua.. saya sangat2 berselera sehingga saya berfikir2 tentang mengawal pemakanan saya.
    • masakan paling best yang saya cuba tahun ini adalah Prawn Olio Spaghetti.. kata Hanif, sangat2 best Umi masak, macam kat kedai.
    • sejak pregnant, seperti biasa, saya lebih rajin nak masak. dalam waktu terdekat ni, nak cuba buat lontong pula.
    • we had a wonderful family vacation this year. glad that the children found it fulfilling and enjoyable.
    • hubbyby and me has made a plan for me in 2011. hope things will work out well and will materialize as planned.
    • our house in KB get a new tenant as soon as the previous one emptied the house after being transfered, alhamdulillah. but it seems the new tenant ni banyak songeh pulak..

    apa yang tak menarik in 2010:

    • things didn't go very well at work. it was like a cold war between me and few people. sorry, i'm not the kind of person yang boleh bermuka2. our relationship now is purely business. otherwise, i was happy and enjoying every bit of my daily work.
    • the last 4 months in 2010 was really2 hectic at work. few people went out of department since january without replacement. we definitely need more people. and i still don't understand where does all the new doctor go... bukan ke berlambak2 doktor baru sekarang??
    • it was made worse by the introduction of a computerized information system in the hospital. don't get me wrong, the system is good but we still need to work on the implementation. it is also more time consuming. if you normally spent about 5 minutes with a patient, the time now doubled-up. if a clinic normally see 140 patients a day, now the number should be reduced to 70, otherwise we'll never achieve the required waiting time. this is made worse when some people is quite slow with the keyboards.
    • rumah yang di beli masih belum boleh diduduki walaupun selepas satu tahun monthly installment mula dibayar. our agreement was signed in oct 2008, making it more than 2 years of waiting. definitely, we're gonna fight for monetary compensation from the developer since they couldn't get the houses ready on time. according to the officer that we met, there is a problem with the sewage system. they promise that everything would be settled by march 2011. huh! macam menunggu bulan jatuh ke riba. another thing... the workmanship is not as expected..
    • the current house yang kami sewa ni banyak betul plumbing problem. bocor and leaking sana sini. made worse when the owner macam tak kesah bila kita inform. baiki sebahagian je. nasib baik kami ni tak ramai and we are very discipline in controlling the water tank and using the bathrooms...

    itu je yang kita boleh recall buat tahun ni. tak banyak perkara menarik sangat.. my blog itself pun dah jarang update, dan dah kurang pengikut rasanya (base on the lack of comments). bukan nak suruh org baca pun, hanya utk kepuasan diri sendiri. sekurang2nya bila boring dah tua esok2, boleh la baca balik dan ingat balik benda2 yang pernah kita lalui dlm hidup ini.

    ok. semoga 2011 membawa seribu harapan, kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup. jangan lupa, biarlah peningkatan usia seiring peningkatan iman, amal dan ibadah. moga kita semua sentiasa berada didlm peliharaanNya.