siapa yang tak kenal misbun sidek. pemain badminton malaysia pertama yang mencetus fenomena di peringkat antarabangsa di awal tahun 80an. dia jugalah pencetus kegemilangan sukan badminton negara.
kami adik beradik peminat setia misbun dan adik2 nya. dan misbun memang tidak ada duanya. dia memang unik, berkarakter dan tersendiri. sejak dulu lagi dia lain dari yang lain. pernah mencetus kontroversi bila dia pernah tidak mahu menjalani latihan bersama BAM dan berlatih sendiri bersama teman baik dan sparring partnernya Ajib Mohideen. dia berlatih di bawah pengawasan seseorang yang kepalanya separuh botak, tapi saya dah lupa namanya. dan cara mereka memang berbeza dari kebiasaan.
misbun memang komited mahu menjadi juara dunia. dia seorang yang berdisiplin, komited dan dedikasi dengan jalan yang dia pilih. pernah juga mewarnai dunia sukan tanahair dengan rambut gaya mohican dan kemudian mewarnakan rambut nya kuning hanya di bahagian tengah. tapi prestasinya tetap cemerlang. namanya sebaris Lim Swee King, Yang Yang, Morten Frost Hansen dan Prakash Padukone pada waktu itu.
dan kini sebagai coach tiada yang dapat menafikan kehebatan dan jasa Misbun. komitmentnya tiada bandingan. dia bekerja bukan untuk wang dan nama. pernah terpaksa meninggalkan isteri yang sedang menerima rawatan masalah buah pinggang, demi negara. pernah di potong gaji kerana beliau kemudian terpaksa memberi perhatian kepada kesihatan isteri. pernah ditahan pihak imigresen sewaktu hendak mengiringi skuad kebangsaan ke luar negara atas arahan orang atasan badan sukan negara. tetapi pernahkah misbun merungut dan bercerita di dada akhbar memburukkan sesiapa? TIDAK. dan dia tetap meneruskan tugasnya tanpa berbelah bagi sejak awal tahun 2000. beliau sebenarnya di bawa oleh MSN dan dipinjamkan dari Nusa Mahsuri untuk mencurah bakti kepada negara melalui BAM demi kepentingan sukan badminton negara. BAM memang sentiasa bermasalah.
kerana itu saya sungguh terkilan bila ada pegawai tinggi badan sukan negara yang dengan sombongnya mengatakan misbun hanya melatih LCW. orang kita memang mudah lupa.. dan saya sakit hati membaca kenyataan presiden BAM dengan angkuhnya mengatakan LCW lupa daratan. LCW tidak pernah lupa daratan, sebab itu dia mahu ikut jejak misbun. adab berguru, merendah diri dan menghormati guru. LCW memang anak didik yang baik dan memang komited sebagaimana jurulatihnya. kenapa hanya LCW yang cemerlang ketika ini sbb hanya dia yang benar2 komited, mendengar kata dan berdisiplin. siapa yang menyentuh hati misbun bila sentiasa berada di gelanggang latihan jauh lebih awal dari pemain lain sedangkan dia ternyata berada di dalam kelasnya yang tersendiri? mereka jelas dengan target ditetapkan dan mereka ikhlas dan komited bekerja mencapainya. sebab itu gandingan mereka mantap.
tak perlulah BAM mengungkit soal perbelanjaan yang dikeluarkan untuk LCW dan misbun kerana mereka memang membuahkan hasil. dan merekalah yang menaikkan imej BAM dan mengharumkan nama negara. bagaimana dengan perbelanjaan untuk pemain dan jurulatih lain yang tidak memberikan apa2 pulangan cemerlang? kecuali untuk beberapa pasangan beregu dan jurulatih mereka, kita sebenarnya bagai tiada pelapis pemain perseorangan.
selain LCW, rashid yang pernah jadi juara dunia juga dilatih misbun. siapa yang boleh lupa kisah roslin hashim keluar BAM untuk berguru dgn misbun? roslin mendapat sokongan ramai peminat dan mendapat derma mencurah2 untuk membantu roslin dan Nusa Mahsuri. roslin kemudian cemerlang dan turut menjadi juara dunia ketika dibawah pengawasan misbun. begitu juga hafiz hashim yang menamatkan kemarau kemenangan All England setelah sekian lama. dan juga wong mew choo.. satu2nya pemain single wanita yang cemerlang semenjak zaman sylvia ng.
kemelut persatuan sukan tanah air memang memualkan. seingat saya BAM paling cemerlang sewaktu di bawah teraju tan sri elyas omar, dan ketika itulah sejarah membawa kembali piala thomas menjadi kenyataan pada tahun 1992.
usahlah hanya tahu bercakap, memberikan arahan dan memberi komen negatif bila pemain kalah. tiada athlete yang bermain untuk kalah, berilah sokongan dan komen membina. dan jangan hanya menempelkan muka tersenyum kebanggaan bersalam dan memeluk pemain dan jurulatih (di depan press) bila mereka berjaya di kejohanan besar.. ia sungguh memualkan!!
misbun sidek.. pengorbanannya dan jasanya tidak tertulis.. usahlah dipersoalkan keikhlasan dan pengorbanannya untuk negara. hargailah dan hormatilah dia..
No comments:
Post a Comment