Tuesday, June 21, 2011

PESANAN BUAT SUAMI

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Friday, June 17, 2011

happy father's day

terima kasih Ayah, for turning me into who i am today.

thank you dear hubbyby, for being my soulmate, and being such a wonderful father to our children.. hanif, sofea and azalea..  i love you, always :)



(btw, for the young generations, Yusuf Islam was Cat Stevens in his younger years, and he already developed beautiful humanity songs at that time)

Saturday, June 11, 2011

whispering hope..



1st June 2011 - awakened at 2.30 am by contractions.. it was regular every 15 minutes, but not very strong. after about 1 hour, the contractions subsided. huh.. risau gak, kot tiba2 nak beranak. terus bangun solat hajat and buat solat sunat. terus tak leh tidur sampai pagi.

the next morning, terus kemaskan bag ready for hospital admission. bukan nak gi admit terus, but to keep stand-by in the car boot. barang baby dah lama siap, barang ummi je yang tak ready.

sampai kat  tempat kerja, memang rasa lain. rasa perut cam dah turun sikit. and ada lower back pain, lenguh2. tapi sepertti biasa, selagi tak de show/leaking, tetap kena kerja seperti biasa. habis gak waktu kerja. malam tu sakit lagi, tapi it didn't last long.

2nd June - decided not to drive, and request hubby to drive me to work that morning. dah tak sakit lagi... kerja cam biasa. dlm kul 11 pagi, pergi O&G clinic, for routine antenatal check-up. kita ni nama je doctor, antenatal check-up, hubby tak pernah ikut. bersalin pun hubby tak pernah tengok. so, bila tgk ibu2 lain pergi antenatal check-up ngan hubby depa, rasa jeles la jugak. hahha... tak main la manja2 ni.. kita professional, independent!!

jumpa ngan Dr Nasir, tetiba, dia cakap, "eh! ni transverse lie... dah 37 weeks, kena terus admit ni!". he did the scan and confirmed the findings. no choice, got to be admitted today. set new date for elective caesar on 8th June 2011. if i went into labour at any time, then emergency caesar should be done.

sesungguhnya, tak ready langsung nak kena admit ward. dah la long weekend, cuti sekolah pulak.. kesian anak2, ummi kat spital.

petang tu buat CTG, rasanya okay je, tapi ade time baby gerak tu, CTG cam tak cantik sket. so, they repeat another round. kali ni fetal tachy pula.. heart rate baby sampai 180 bpm, baseline at 170 bpm. kalut  HO & MO, takut ada fetal distress and nak kena em. caesar pula malam2 ni. so, terus kena set IV line (ntah kenapa, mlm tu susah nak dapat my line, walhal my veins are quite prominent ant timbul je kat tangan tu). bila cam gitu, kita ni terus ingat mati je... risau gak. dah la lupa bw Quran ptg tu, berzikir je la malam tu, tenangkan hati and harap baby tak distress lagi. alhamdulillah, the repeated CTG cantik... so, boleh la tidur.

2-3 hari dalam ward, and berehat, terus hilang contraction. fetal lie pun dah back to cephalic. but since we have decided for the el. caesar, kira proceed je la for op on June 8th.

perasaan nak buat operation kali ni sangat2 berbeza ngan masa nak buat op untuk deliver sofea dulu. sangat takut dan risau. most of the time dalam ward, sentiasa baca quran, and solat hajat every nite. doa tu tak terkata la.. memang nervous sangat2 dan asyik teringat mati. terubat juga bila petang2, hubby and anak2 datang jenguk, tapi tak leh nak nangis depan anak, nanti mereka sedih pula. menangis la sorang2 time nak tidur. kata orang, susah bila doctors jadi patients, sbb they know too much.. semua risks and complications kita tahu.. just hoping for the best!!

alhamdulillah, che and ayah finally decided to take a flight to  KT. it was a big motivational booster to me. rasa lebih tenang. and alhamdulillah, i was very calm on the operation day. woke up very early and prepared myself mentally, spiritually and physically for the operation. takut and nervous tetap ada, but alhamdulillah i was calm.

masuk OT, saspens nyer... Tuhan je tahu. masa nak bagi spinal pun kita gabra, sampai kita suruh depa stop kejap, kita nak take a deep breath.  i can see the wall clock even without my glasses (blurred), and i was aware of the time passed since incision. kenape kali ni lama? time sofea hari tu kejap je baby dah keluar, this time it took almost 15 minutes before baby delivered. i can only tarik nafas lega when i knew they were already closing. tengah closing tu, siap kita boleh tanya berapa blood loss??

i was in tears when they showed me the baby. lepas tu terus sejuk and shivering. they gave me pethidine to counteract the shivering. but... pening la pulak!! first time rasa the room is moving around me. memang tak leh bukak mata!! dekat recovery room, tak boleh tidur, but dah lega its over.

when they pushed me back to my room, i tried to sleep, tapi tak leh.. hubbyby and ayah kemudian balik bila everything dah settled. che stayed with me till petang...

(to be continued..)