time really flies...
sedar tak sedar, i have come to my 100th post/entry. hmm... dah banyak rupanya kita menulis yek.
ok, sempena bulan puasa and meraikan "mummy returns to the kitchen", kita nak berkongsi recipe black pepper chicken yang kita masak semalam.
ingredients: (sorrylah... kuantiti agak2 sendirilah, kita masak pakai agak2 dan sesedap rasa je..)
1. chicken... quantity as needed
2. garlic and onions
3. black pepper (kalau nak extra hot, letak lebih sikit!)
4. ginger
5. oyster sauce, soy sauce, tomato sauce
6. salt n sugar - secukup rasa.
cara masak:
a) tumbuk bawang putih, halia and lada hitam. then perapkan pada ayam bersama garam and oyster sauce. (lagi lama perap, lagi best). dah ready nak masak, barulah ayam tu digorengkan, jangan sampai garing.
b) to prepare the sauce - mayang bawang putih, bawang besar and halia. pas tu, tumiskan... then masukkan serbuk lada hitam. kemudian tambah oyster sauce, kicap, tomato sauce dan sedikit gula. kemudian, barulah ditambahkan ayam yang telah digorengkan tadi. tambahkan air... kalau nak ada kuah, tapi bagi pekat sikit baru best. sebelum di angkat, tambahkan bawang besar yang telah dimayang, tomato biji dan cili merah yang sudah dipotong.
senangkan? kalau nak guna daging, lepas tumis bawang besar/garlic/ginger/pepper, terus masukkan daging, dan goreng daging sampai empuk (meaning that daging tak perlu digoreng dulu sebelum tu).
cubalah untuk berbuka puasa. gerenti sedap sehingga menjilat pinggan, sebagaimana sofea dan hanif semalam.
selamat berbuka!
No comments:
Post a Comment