Monday, August 31, 2009

kita anak merdeka?



lagu warisan - anak kecil main api, ada nostalgianya yang tersendiri.

sebagai anak didik MARA, lagu warisan ini sentiasa kami nyanyikan sewaktu assembly, sama seperti lagu negaraku dan lagu maktab. maaf, 5 tahun di kuantan, kita tak pernah nyanyi lagu negeri pahang.

masa zaman sekolah, ada yang menentang bila lagu ini harus dinyanyikan, kononnya terlalu memuja semangat bangsa - assabiyah! tapi kita ada persepsi kita yang tersendiri bila kita nyanyi lagu ni.

lagu ini ditulis oleh prof. dr. nordin kardi. liriknya kalau di amati, memang boleh menaikkan semangat anak melayu, bangsa yang kita banggakan, tapi juga bangsa yang mudah alpa. melayu mudah lupa. melayu suka angan2 mat jenin. melayu yang semangatnya hangat2 tahi ayam. melayu malas. melayu yang hanyut... dan bagaikan lalang yang tegak berdiri, tapi tidak gagah melawan arus angin.

itukah jiwa anak melayu pasca-merdeka? tidak kenal sejarah, tidak faham jerit perih nenek moyang kita terdahulu berjuang menentang penjajah. tidak mengerti deritanya orang dulu-dulu ditindas dan dipijak di bumi sendiri. tidak sedar bahawa hak kita dirampas.

kita harus bangun! jangan benarkan kita dijajah lagi. zahirnya kita sudah merdeka tetapi merdekakah pemikiran kita?

52 tahun merdeka... sudah separuh abad. kalau manusia, sudah beranak dan mungkin bercucu. tapi kita masih meraba2 mencari kata sepakat masyarakat majmuk.

indahnya menjadi rakyat malaysia berbilang kaum, itu yang kita laungkan dari dulu. tapi hakikatnya, 52 tahun bersama, kita masih canggung sesama sendiri. menonton iklan kemerdekaan di kaca tv adakalanya membuat kita tertawa dan malu sendiri, semuanya lakonan yang entah bila boleh menjadi kenyataan. irama 1Malaysia yang dinyanyikan bersama pelbagai bangsa juga catchy dan mengajak kita menyanyi bersama, tetapi cukupkah setakat ramai2 menyanyi tanpa ada pengertian di jiwa dan diterjemahkan dengan perlakuan dan imej 1Malaysia yang sepatutnya.

sewaktu bersama mahu mencapai kemerdekaan dahulu, Tunku pernah bertanya pada semua, "mahukah kamu terima, ini bumi melayu? ini tanah melayu?".

52 tahun merdeka, kita masih seperti anak kecil yang masih mahu disuap dan dibantu. masih tidak mampu berdikari. masih terjajah dengan kejahilan dan kebodohan serta kealpaan.

bangunlah... jangan hanya tahu melaungkan kata-kata hikmat hang tuah "tak Melayu hilang di dunia", tapi bangkitlah dengan segala rasa insaf, sedar dan tanggungjawab.

jayakan satu malaysia. negara kita tanggungjawab kita!

No comments:

Post a Comment