balik rumah... memang best. walaupun dah ada rumah sendiri, rumah mak masih best.
alhamdulillah, kita memang bersyukur sgt2, dibesarkan dalam family yang sungguh best ni. cuti kali ni, besides me, Liza, Nadjee and Elly also returned home. semua ambik kesempatan cuti 31st august utk balik berbuka di KB. dan seperti biasa, rumah akan gamat ngan anak2.
i reached home around 11am last friday. liza and nadjee dah balik dari wednesday. petang tu... seperti diidamkan, kami berbuka ngan nasi kerabu bersama lauk pauknya termasuk daging bakar. ahh.... heaven! siap tambah nasi.. dan masih rasa nak tambah lagi, tapi.. tak leh tamak... berhentilah sebelum kenyang!
lepas solat... seperti biasa, lay-park sambil borak and tunggu elly sampai from KL. elly sampai kul 12.30am.
after subuh, the children sibuk nak bersihkan kolam ikan koi ayah. sedih nengok warna air kolam tu... both ayah n che mana larat nak cuci kolam tu selalu. yang paling kalut masa nak cuci kolam is che... dia memang tak tahu duduk diam. dah lah malam tu dah sakit2 badan sebab sibuk nak sediakan food! bila disuruh duduk je, dia senyum. she doesn't trust org lain buat kerja dia. suruh cucu jemurkan kain pun dia tak percaya, semua nak buat sendiri.
back to the kolam ikan, akhirnya 3 ekor ikan yang besar and a few ikan kecik ditemui kelemasan di dlm air kolam yang sangat keruh itu. che kata ikan2 tu mati sebab mabuk bila ramai sgt cucu dia main air kolam tu! seekor ikan besar yang sudah nyawa2 ikan akhirnya dapat diselamatkan. kolam pun kembali berseri..
lepas anak2 cuci kolam, nadjee, elly, me and my niece, alynn, went shopping! plan asal nak gi ziarah parkson yang baru bukak. hee... rasa dah lama betul tak masuk dlm KB town, esp area pasar siti khadijah tu.. yelah area tu memang sesak sentiasa. selalunya kita gi KB mall and cari tudung kat pasar MPKB. kita drive kereta ayah gi KB, hehe... sayang nak bawak c-puteh masuk tempat yg penuh sesak! sekarang KB town dah buat one way route since 11 ogos, so kena ikut flow je lah. alhamdulillah, dpt parking kat basement. the building itself belum siap sepenuhnya, tapi depa nak bukak gak b4 raya. parkson tu oklah... banyak barang2 yang elok2. macam parkson kat tempat lain gak. suka hati jumpa Tiffany. kita suka beli brooch tiffany, tapi dulu kena gi KL to get it.
ingatkan nak gi ariani, yang kini dibuka di wakaf che yeh.. tapi dah 2pm. kena balik rumah dulu. since kami semua ada plan nak shopping lagi, we suggested to mum tak yah masak petang tu, and beli je nasi kukus special. tapi petang semalam hujan, so malaslah nak gi ariani.
lepas terawikh, liza+family balik KT and elly+family balik rumah in-lawnya. so... sunyi pulak rumah tu. i terus masuk tidur sebab ngantuk sangat2.
plan ari ni? may be ke KB Mall, Ariani and Pasar MPKB. tapi kita sebenarnya tak ghairah sangat nak beli tudung coz baju belum siap, takut tak matching pula.
ehmm... itulah seronoknya jadi perempuan, kita tak pernah bosan... asalkan ada geng satu kepala, ada tempat nak shopping dan ada duit. dan utk kita, mesti kena ada captain future.. tak sedap hati kalau sehari tak sentuh captain future!
see you again later. daa...
No comments:
Post a Comment