Friday, April 16, 2010

rumahku syurgaku..



bila duduk rumah, saya suka:

  • melihat kawasan rumah apabila rumput baru lepas di potong. sungguh kemas, sebagaimana sukanya saya melihat rambut suami dan anak sebaik pulang dari memotong rambut.

  • melihat kain2 bersidaian di ampaian di bawah panas terik mentari. dan saya rasa sungguh teruja untuk cepat2 mengangkat kain tersebut dan cepat2 dilipat. perasaan melipat kain yang masih panas dengan kehangatan matahari adalah seperti makan kerepek pisang yang garing.

  • saya memang suka memandang ke luar rumah dari tingkap dapur saya. sebab itu saya sentiasa bercita2 untuk memiliki tingkap besar di ruang dapur, samada di hadapan sinki atau dari meja sarapan (lebih kepada french doors).

  • pada hari cuti, saya akan buka semua tingkap supaya udara segar dapat masuk, dan saya dapat melihat pandangan luar secara terus. masalahnya, rumah saya tidak ada jeriji (grill), oleh itu setiap kali saya mahu naik ke tingkat atas, saya terpaksa menutup semua tingkap2 itu.

  • sebaik masuk bilik setelah pulang dari kerja, saya akan terus membuka tingkap bilik. saya suka bilik saya mendapat pencahayaan semulajadi, dan pengudaraan yang baik.

  • saya suka melihat the sheers (langsir siang) beralun2 di tiup angin. (rumah saya berhampiran lagoon dan pantai).

  • saya suka melihat layang2 terbang melayang dari tingkap bilik saya atau bilik anak2.

  • saya selalu berangan dapat duduk di patio rumah pada waktu petang sambil melihat kehijauan taman. masalahnya rumah yang saya sewa sekarang mempunyai sistem perparitan yang sungguh dahsyat sehingga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan (sigh!). dan rumah yang saya sewa ini tiada patio.

  • saya berangan2 mempunyai taman yang diteduhi pohon2 rendang dan dihiasi hammock serta buaian seperti di kampung2 (diikat pada pokok), serta ada kolam ikan dan pancuran air.

  • kan seronok kalau taman saya ada ekosistemnya yang tersendiri... tapi, tak perlulah sampai ada ular!

  • saya berharap dapat mewujudkan edible garden di rumah baru saya nanti. dan berharap saya dapat lebih tekun menjaga pokok2 hijau dan pokok2 bunga saya.

  • saya sangat suka harumnya bau tanah dan rumput sesudah disirami hujan.. sungguh nostalgik, dan mengingatkan saya kepada rumah di taman guru...




saya memang sayang dan suka dengan rumah sewa saya sekarang. tetapi saya sangat2 mengharapkan dapat berpindah ke rumah baru dalam waktu terdekat. bilakah waktu tedekat itu? entahlah... yang pasti, bila rumah itu dapat CF nanti, perkara pertama yang akan kami buat adalah renovation pada bahagian dapur. jadi... mungkin tahun depan baru dapat naik rumah baru...

sudah hampir 2 tahun menanti.. terasa bagai nak disaman saja syarikat berkenaan. tapi sabarlah.. insyallah, ada hikmah disebaliknya..

No comments:

Post a Comment