Sunday, June 20, 2010

my bucket list

lately, i really feel that i am getting old.

mana tak nya.. many of my patients now are around my age. and kita dengan muka selambanya addressed them as 'kak'. bila tengok IC, rupanya umur lebih kurang, and some are even younger than me. nowadays, i really reserve 'mak cik' and 'pak cik' to patients who really looks like nenek or atuk. otherwise, i addressed male patients as 'encik'. even though its nicer to address female patients as 'puan', rasa sungguh tak mesra dan plastik. but may be i should start using 'puan'. tak best jugak kalo org panggil kita mak cik kan?

in the fb forum, many of my friends also merungut bila people call them makcik. entah la.. memang dah kena sedar diri, dah sampai masa kita. some of my friends dah ada anak yg masuk IPT.. agaknya, since my eldest son is only 10, terasa macam not so old.. walhal, kita yang kawin sedikit lewat dari org lain. nak buat camana, dah nak jadi doctor, parents dah bg syarat, study habis2 dulu baru boleh kawin.

ooppss, melalut pulak!

back to main issue.. takut tua? tak.. tapi sedikit sebanyak ada rasa gusarnya nak masuk 40 dlm masa 2 tahun lagi. jujurnya, dulu bila nak masuk 30, tak de perasaan ape2 pun. the twenties tu sebenarnya.. sangat budak2, emotional tak tentu pasal, suka berangan.. but you'll feel the difference bila nak masuk 40... percayalah..

why?? i don't know.. but i really feel good in the thirties. bg perempuan, umur 30an dikira paling bagus.. matured, wise and smart, rational, confident, sensible and stable in so many ways (family life, spiritually, financially and career-wise). and i believe all those things make-up an attractive personality, and make women appeared beautiful. okaayyy... i know, and have always accepted the fact that i'm not a person with a pretty face, but believe me, prettiness is not everything.. ;D as long as mr hubbyby still finds me beautiful in his eyes, that is more than enough. and i feel good with it. dan kita sentiasa berdoa semoga ada ruang untuk self improvement. lebih sabar dan dapat lebih menjaga tuturkata dan tingkahlaku. dan sudah tentu.. untuk lebih dekat kepadaNya.

aahh.. lagi dua bulan nak menginjak usia 39.. pada umur ini, my mom already got 10 children. dan saya cuma ada 2 orang anak2 yang comel.

dan saya masih terasa seperti kanak2 riang yang belum puas nak melompat di tengah padang permainan. belum puas main buaian... belum puas berkongsi hilai tawa dengan teman. dan masih banyak perkara yang masih belum saya dapat buat...

* i wish i could swim
* i wish i could ride a bicycle well and confidently.
* i want to do bungee jumping or base-jump.. mampukan jadi kenyataan??
* i want to get on a roller coster ride dan menghayati keseronokannya sebelum jantung saya terkejut.
* i want to try ice-skating
* i want to try paragliding and rock-climbing
* i wish i could learn playing the piano well.. and be able to play the songs that i love.

itu semua cita2 kanak2 kan?? sebab itu saya masih terasa seperti kanak2 riang. alangkah seronoknya kalau menjadi kenyataan...

pada usia begini, saya juga ada keinginan lain..

* mahu cepat ke tanah suci menunaikan rukun Islam kelima, moga dapat haji mabrur.. insyaAllah
* mahu lebih mengawal tuturkata dan tingkah laku.. serta mengawal amarahku..
* mahu lebih tunduk dan berbaik sangka dan bersyukur dengan apa yang ada
* mahu melibatkan diri dengan kerja2 kebajikan dan menjadi sukarelawan..
* mahu travel dan melihat lebih banyak negara orang.. paling tidak pun, saya harap saya sampai juga ke UK.. saya dibesarkan melihat ramai ahli keluarga ke sana, tapi saya sendiri masih belum berkesempatan.. ini impian dari kecil..
* mahu lebih mahir di dapur..
* mahu menjadi ibu yang baik dan isteri solehah untuk suami tersayang..

dan saya tiada cita2 menjadi kaya raya, dan tiada cita2 mahu mendapat title JUSA.

life is beautiful... enjoy it!!

No comments:

Post a Comment