woke up early, and fresh. Today is my 39th birthday, alhamdulillah.
as usual, the first person to give me a birthday wish is my lovely son, Hanif. when he told sofea today is a special day, sofea came to me and asked innocently, “ummi, ari ni ari selasa kan?”. yes, darling, its just another tuesday. 39 years ago, i was actually born on tuesday. Hanif siap boleh tanya, bila hadiah ummi nak sampai? Hadiah ape? Rupanya dia overheard i bg hint kat hubbyby i nak hadiah ape for my birthday this year. Haha.. dream on laa.. hubbyby sure tak ingat tu..
So, ini kali terakhir birthday dgn angka 3.. tahun depan dah angka lain kat depan! Cepatnye masa berlalu, tak terasa pun dah nak masuk 40. Nak buat camana, hati terasa muda sentiasa. Tak terasa anak2 pun dah makin besar. Hanif will outgrow me soon. Soalan paling best from sofea waktu berbuka semalam was... “ummi, bila ummi nak dapat baby ni?”.. insyaAllah, kalau ade rezeki.. dan ape yg buat my mom ketawa sangat2 bila sofea cakap “ummi kawin la lagi ngan abah. jangan kawin sekali je, kawin banyak2 kali, baru boleh dapat baby”. haha.. kids, they say the darndest things, don’t they?
anyway, i’m grateful for this 39 wonderful years, Alhamdulillah.. seperti diulang berkali2 dalam surah Ar-Rahman, “dan nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?”. Alhamdulillah, kita bersyukur dan redha dengan perjalanan kehidupan kita. dan kita terus memohon kepadaNya agar hidup ini akan terus dirahmati dan diberkati, semoga sentiasa berada di dalam perlindunganNya, dipermudahkan rezeki dan dikurniakan kejayaan dan kebahagiaan fiddunnya wal akhirah. Dan yang lebih penting, biarlah peningkatan usia ini diiringi dengan peningkatan iman dan darjah ketaqwaan di sisiNya. Dan seperti selalu dipesan ibu, kita sentiasa berdoa semoga anak2 dan generasi serta keturunan kami seterusnya sentiasa berada dibawah peliharaanNya, menjadi generasi ulul albab, beriman, bertaqwa, berakhlak dan berjaya.
Pada usia 39 tahun, selain doa2 general seperti diajar dalam buku2 doa, kita masih membaca doa khusus sebagaimana yang diajar ayah. Sewaktu ke MRSM pd usia 13, ayah telah menuliskan dengan jelas doa untuk dibaca setiap kali selesai solat. dan memang itulah yang kita baca sebelum fasih membaca dan memahami setiap butir perkataan doa dlm bahasa arab, dan terus diamalkan hingga kini. Kekuatan muslimin pada doanya, selain usaha yang tidak kenal lelah. dan kita akan sentiasa sebak dan menangis bila terkenang ayat yang ayah tuliskan untuk kita.. “mentimun dan pisau sudah ditangan, terpulanglah pada Ta bagaimana mahu mencorakkannya..”. kenapa mentimun, bukannya batang kayu atau batu? mentimun itu pejal tetapi lembut dan mudah hancur, silap percaturan ia akan rosak dan terus hancur.. dalam maksudnya..
semalam, mencurah2 menangis bila membaca kisah Nik Nurmadihah, pelajar cemerlang kebangsaan 2008. bukan 20A yang kita herankan, tetapi keperibadiannya yang terpuji, berakhlaq, bijak, matang, sabar dan tidak tahu mengeluh.. bertuahlah ibubapanya, kemiskinan tidak membantut kecemerlangan. dapatkah anak2 kita menjadi sepertinya? InsyaAllah.. really hope that i can be as good as a parent.
so, ape yang special hari ni? tak de yang luar biasa. pagi2 lagi dah keluar hantar C-puteh untuk service. then ikut ayah and che shopping kat pasar... hmm.. borong 10 ekor ayam (semalam dah beli 5 ekor) dan 10 kg daging lembu local breed. then keluar ngan anak2, belikan depa kasut and selipar raya. menu berbuka.. sup tulang, ayam black pepper, ayam percik, sayur campur dan pelbagai kuih muih tradisi kelantan. looking forward nak jumpa my other siblings and nieces and nephews yang dah mula pulang after kerja semalam.
penutup hari ini was a birthday wish from darling hubbyby, haha.. itupun lepas di beri hint. berkali2 call and sms, dlm byk2 pesanan utk service camry, bayar zakat and gunting rambut hanif, birthday kita dia lupa! men.. susah nak ingat special dates ini. he is too busy, byk benda lain difikirkannya. he will only be back on malam raya.
Approaching year 40 of life... hah, can’t believe that am looking forward to it.. :)
No comments:
Post a Comment