walaupun boleh dikatakan agak penakut, i sebenarnya suka tengok cerita antu/seram/thriller. kalau tengok siang hari memang tak de apa2lah. tapi kalau tengok malam2, emm... keseraman tu membawa ke tidur. sebab itulah kalau my hubbyby tak de kat rumah, or i'm away from home, selalunya i tried not to watch cerita2 macam gitu. kalu tidak tak pasal2 tak leh tidur.
tadi tengok puaka niyang rapik (PNR) kat tv3. cerita tu to me biasa je, tak menyeramkan pun so tak de kick sangat. tapi kalu cerita Kekasihku Seru dulu agak seram juga sebab ceritanya real sikit, hantunya pun nampak real n menakutkan sikit compared to PNR. ternanti2 juga nak tgk kekasihku seru dulu. tapi movie yang betul2 seram dah lama tak tengok. rasanya yang last sekali tengok cerita 'nang nak' - siamese movie
dulu2, masa kat mrsm banyak juga cerita2 seram. paling tak boleh lupa cerita 'orang tua bertongkat'.... hee, tak pasal2 tiba2 terasa semacam pula. tapi memang takutlah masa tu. dahlah pintu bilik kami tak leh kunci, setakat sendal dengan red brick je. tiap2 malam kami akan turunkan tilam ke lantai n tidur ramai2 (4-8 orang). kalau tersedar tengah malam... hee terdengar-dengar je bunyi tongkat dan selipar berjalan... seram!
masa form five pula, i duduk satu bilik 2 orang - special sebab LDP. tapi kami dua2 penakut. my roomate was one year younger than me so nak tak nak kita kena berani sikitlah dari dia. masa tu heboh kisah yang dikaitkan ngan kerabat. takut sampai termimpi2. so masa tu tiap2 malam tidur satu katil dua orang!
anyway, alhamdulillah i tak pernah pula benar2 mengalami kejadian yang menakutkan. ishh.. mintak jauhlah. cuma masa mula2 pindah KT dulu and duduk sorang2 (coz hubbyby belum pindah) pernahlah diwaktu tengah malam masa tengah main pc games tiba2 tercium bau yang sungguh harum! takut nya tak yah ceritalah, cepat2 dengan muka tak pusing kiri kanan, mata concentrate on pc, i cepat2 tutup computer n masuk bilik. nasiblah bau tu tak lama, terlena juga malam tu.
kenapalah i duk tulis pasal citer antu ni? dahlah hubbyby not around. hope i can sleep well tonite.
No comments:
Post a Comment