Friday, January 29, 2010

life is beautiful

dah lebih sebulan tak ballik kb. bukan tak nak balik, tetapi ade je kerja during the weekend. kalau pun kita tak oncall, hubby pula yang sibuk. lately, hubbyby kept complaining that sofea is taking so much of his working time. so he compensated by working extra hours during the weekend.

kali ni, i mesti balik jugak. i can drive by myself kalau hubbyby tak nak ikut, cuma perlu izin dia je. selama ni pun kita dah biasa balik sendiri. tak sedap hati bila dah lama tak balik. my parents duduk berdua je in kb, kalau bukan kita yang paling dekat ni balik, siapa lagi yang nak jenguk depa? masa call my mom early this morning pun dia dah sound kita... lama sangat tak balik..

alhamdulillah, dalam kul 12.00 kita sampai kb. my parents sihat and nampak sangat happy jumpa cucu2. ayah seronok bercerita about the sekolah tahfiz, he's happy that 3 of my nephews dengan rela hati nak spent a month of their holidays there, and sacrifice their alam duniawi, biarpun seketika. we catch-up on the latest news of our relatives and the neighbourhood.

ahh... it feels so nice to be home again. to sit and cuddle-up in my favourite sofa. to indulge myself with my mom's cooking... she cooked nasi briyani arab today. to laze around the house sambil selongkar magazines and tengok gambar-gambar lama. and had a nap at my favourite spot. kita memang tak pernah puas balik rumah.

the first thing yg my mom commented bila kita bukak tudung was how kurus i am, and nampak lagi kurus dari sebulan lepas. my 3 nephews pun commented the same thing bila jumpa kita petang tadi. last week, a friend stopped me and asked me the same thing. my colleague pulak sampai cakap my legs lagi kurus dari her 8 y.o. daughter's legs (melampau ni!). naik risau pulak.

am i so thin? my weight is 42kg now. rasanye ok la tu. at least i'm not less than 40kg. tapi memang lately bila tgk my reflection in the mirror, nampak ketara kurus. nasib baik kita suka pakai baju besar, at least tak de la nampak kecik sgt. hehe.. hari tu kita pening duk cari mana t-shirt kita hilang, yg baru pulak tu. rupa2nya my maid silap letak, dia ingat baju hanif. i guess we're the same size now, and he will outgrow me soon.

susah hati tak? ade gak rasa susah hati especially bila kita selalu dpt headache. tak de la sakit sangat, but ade la that boring pain in the head. then badan rasa lenguh2 esp my arms, rasa nak org picit je. sedih gak... esp bila kita mula terfikir macam2. tapi lepas kita gi aerobics semua tu hilang. kita boleh follow all the steps, lompat2 and my stamina also quite good. so i guess, tak de ape2 lah. my previous blood test pun alhamdulillah, ok.

my appetite has also returned. i'm always hungry now, and makan pun bertambah. last tuesday, sampai nak hypo kat klinik, terketar2 tgk patient. tangan tremors semacam je. cepat2 minta my assistant tlg belikan food. kadang2, kita pulak cari food nak mengunyah. macam craving pulak sekarang. macam2 nak makan, esp chocolate, ice creams and cakes... hmm kalo dapat big apple donuts mesti best. time lunch waktu kerja pun kita asyik rasa nak keluar cari makan yg best2 je, tapi kdg2 klinik busy, tak sempat..

esok pagi nak makan ape ye? best nyer kalo dapat nasi kerabu or laksam. malam tadi dah makan nasi impit ngan satay. teringat pulak lontong, laksa penang... mula2 start rasa nak makan ari tu, kita bukan main seronok, perasan kita pregnant. tapi seperti biasala... berangan je lebih. tak pe.. kita redha ngan ketentuan Allah. Dia lebih tahu ape yang lebih baik untuk kita. hidup ni tak boleh tamak, ramai lagi orang yang tak bernasib baik berbanding kita. bersyukurlah..

bila kita dalam kesedihan dan tidak tenang, kita suka baca surah Ar-Rahman... "maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"...

No comments:

Post a Comment