kita sebenarnya sangat suka makan.
masa kecik, orang panggil kita ikan buntal, sebab badan kita memang berisi sikit. tapi bila dah start sekolah, kita kuat main... tersangatlah... sampai balik rumah petang2 asyik kena bebel je..
then bila dah masuk secondary school, kita masuk MRSM. dah mula jadi anak gadis. still main but not as frequent as dulu2. nak pulak kat mrsm tu campur ngan budak laki, so peluang girls nak main sangat kurang. makan tetap berselera... dan badan kita kembali berisi. masa form2 berat kita was 49kg ! kira rekod la tu..
time paling kurus, masa jadi houseman. kita ni commited ngan kerja, selagi kerja tak siap, kita tak berhenti makan. nasib baik masa tu duduk ngan family, makan minum teratur.. kengkadang miss gak dinner, bila kita terus pengsan lepas maghrib... penat..
kita sangat suka makan kek. paling suka cheese cakes. tapi bukan senang nak jumpa cheese cakes yang sedap. dulu, everytime balik kb, mesti beli cheese cake. kat KT ni, cuma cheese cake secret recipe je yang sedap. yang lain, tak memenuhi piawaian..
kita juga suka chocolates. sangat suka sampai kita boleh craving for it. dan sangat suka evil, sampai kita boleh beli dan sorokkan dari anak2. jahatkan?? tak jahat.. itu semua demi kebaikan mereka, budak2 tak elok makan chocolate, nanti rosak gigi.. oleh kerana dari kecik kita biasa makan chocolate yg sedap2 dari oversea, kita juga ada piawaian sendiri utk chocolate. sofea nampaknya sangat mengikut perangai kita, kalau jumpa chocolate, dia takkan stop selagi tak habis.
kita juga hantu ice cream... tapi mesti really lemak berkrim, kalo yang cair semacam.. tu, kita tak suka.
kita juga hantu roti... tak kira la roti ape.. roti putih biasa sapu margarine pun kita suka. dan paling nikmat makan roti putih dicicah ngan air kopi... oohhh terasa sungguh kembali ke zaman2 dulu. nasib baik KT tak de bakery yang best2, kalo tak kita mesti jadi pelanggan setia.
kita juga suka makan ape2 yang berkuah... laksa penang, laksam, lontong, soto, mee jawa, mee rebus. sungguh menyelerakan. cuma nak dapatkan yang betul2 sedap tu yang susah. dan semodern mana pun kita, kuih kegemaran tetap kuih tradisional yang manis2 tu... lompat tikam, putu mayam, serabei, caramel pudding. perasan tak? semuanya berkuah!
dan kita tak minat biskut.
selalunya orang yang suka makan, pandai masak.. tapi kita tak pulak cam gitu.. huhu.. tengok rancangan masak2 kat tv bukan main khusyuknya. kalo gi bookstore pun suka tgk buku resipi, tapi balik rumah setakat belek2, belum sempat nak cuba.
huhu... ok la nanti rumah baru, kita nak renovate dapur kita elok2, biar practical and user-friendly, dan kita akan mula asah bakat.
i know i can do it. cuma nak atau tidak je.. betul tak??
No comments:
Post a Comment