Saturday, August 21, 2010

bila keseorangan..

a long, quiet weekend!

spending it all alone. mau mati kebosanan dibuatnya. hubbyby and children balik kampung MIL, kita tak leh ikut, oncall.

hari ni okay sikit, alhamdulillah. semalam rasa sangat depress.. sunyi, lonely sampai nak demam. siang2 hari pakai sweater and stokin. tapi kipas tetap kena pasang, kalo tak.. rasa cam tak de ventilation. tekak sangat2 loya... sampai takut nak makan. kita memang tak suka experience vomiting, ngeri..

ntah kenapa semalam sangat depress.. nak baca Quran and solat, tak leh. red flag. tengok cerita melayu kat tv sampai nangis2. then tgk movie org putih.. cerita bodoh je tapi layan jugak.. nak main game, dah bosan. tak de game baru. internet... tak menarik. dah bosan ngan facebook. dan tak de emel menarik nak balas. nak download movie.. slow bangat. baca novel.. hambar. telephone hubbyby 2-3 kali, tak berjawab, sms berkali2 tak respon.. depress!! biasala.. hubbyby kalo balik rumah mak, mesti tido je kerjanya.

nasib baik kul 8.15 mlm, dapat call kena gi spital tgk pengarah kesihatan negeri yang dapat eye trauma. terpaksa gagahkan diri keluar rumah malam2.. but alhamdulillah, bila dah kena bangun and keluar rumah, terpaksa la 'hidup' semula. on the way back, singgah kedai beli roti and juice. ingat nak cari ice cream, tapi tak de. kalo dapat double dutch.. sedap juga.

alhamdulillah, bangun hari ni lebih bersemangat. badan segar, dan dah tak loya2 lagi.

habis ward round, pergi town kejap. stop depan pustaka seri intan nak beli paper je, tapi biasala.. pompuan, bila dah nampak magazine.. ralit pulak belek magazine. akhirnya bila keluar.. hah!! kena saman parking. mesti hubbyby membebel kalo dapat tahu. rajin betul MPKT tu saman parking la ni..

then gi Ariani, nak cari tudung raya. belek2.. dapat la 2 helai, memang nak cari 2 helai pun. tapi baju raya ada 5 pasang lagi tak siap.. maknanya.. aktiviti beli tudung akan bersambung bila baju dah siap nanti. sempat ke siap?? ntah la.. yg tempah ngan cina 3 pasang.. sebulan je siap. 5 lagi tu ngan melayu.. ntah bila nak siap. camana melayu nak maju?

hari ni hubbyby pergi kb, harap2 dapatla hubbyby carikan ayam percik kb yg sedap tu..

No comments:

Post a Comment