ramadhan kembali..
saat ke masjid menunaikan terawikh di malam pertama ramadhan selasa lepas, hati tiba2 terkenang ramadhan yang telah lalu.. teringat bulan puasa dulu2.
kanak2 sekarang beruntung dan lebih bagus berbanding dulu. umur masih di tadika sudah berpuasa. kita dulu, darjah satu.. baru puasa yang-yuk, balik sekolah bukak periuk. darjah dua baru kita mula puasa, itupun, cuma 8 hari je (kawan2 kat sekolah pun sama).. masuk darjah 3, dapat la 27 hari.. 3 hari tewas kepada godaan adik2. hehe.. masa tu tengok adik makan roti ngan planta pun macam ahh.. sungguh lazat! tapi.. kita tak pernah curi2 makan. setiap kali tak tahan mesti bagitau mak. kiranya, berbuka ngan izin la..
ingat lagi masa kecik2 dulu, sungguh excited nak puasa. tapi susahnya nak bangun sahur.. makan sambil mata separuh terpejam. kemudian sama2 baca niat puasa depan ayah. paling seronok time lepak lepas sahur sambil tunggu subuh. kita adik beradik akan duduk dalam gelap kat ruang tamu, sambil kakak bercerita itu-ini. dalam tahun 1980.. kita puasa bulan july/ogos. masa tu kakak2 balik summer holidays from UK.. so masa sahur ni, kita akan sama2 melantak coklat dr UK yang ahhh... sangat sedap dan sedap dan sedap!!
bila bukak puasa, selain masak lauk, mak akan masak kueh.. and kita bagi2 kat jiran. kita pun dapat merasa kueh jiran. bagus tul zaman tu.. semangat kejiranan yang jitu. kalau time sahur nampak dapur jiran belakang rumah still gelap, mak akan suruh kita tepon kejutkan depa bangun sahur.
bukak puasa memang best, makan sama2.. kueh and lauk penuh meja.. ye la.. adik beradik ramai. meriah! sampai sekarang, berbuka di rumah che memang meriah dan gamat.. cucunya dah dekat 50 orang!! nasib baik cucu perempuan ramai, boleh tolong2 kat dapur.
seronok juga bila ingat terawikh. rumah kita memang dekat ngan masjid, so senang je gi masjid, tak yah ikut mak, boleh gi sendiri je. biasanya pakat dulu ngan member, then jalan sama2 gi masjid. budak2.. biasala, bersosial yang lebih.. kami duduk saf belakang2, and suka cakap macam2. dulu imam baca laju sangat2, and baca surah pendek2 (ayat lazim), tak macam imam tahfiz sekarang. so, kalo solat 20 rakaat tu cepat je habis. meriahnya terawikh bila menyahut bacaan in between the solat terawikh.. suka!! tapi sebab penat.. kami suka melengah2kan angkat takbir. bila org dah aminkan fatihah, baru angkat takbiratulihram. pastu, bila org solat witir, kita dah sibuk kemas2, bersedia menolong org sediakan jamuan lepas terawikh (moreh). rajin betul bab tolong jamuan ni.. sebab blh makan lebih. biasanya setiap rumah kat taman guru akan gilir2 sediakan jamuan.
kita tak de experience main meriam buluh, tengok pun tak pernah. tak leh bayangkan pun camana meriam buluh. kita setakat main bunga api dan mercun das yang keluar banyak2 color tu. kita ada balcony yang luas kat tingkat atas rumah, and kat situ la kita main mercun tu, bila cousin datang ramai2 baru main kat halaman rumah. masa tu, supplier mercun yang cantik2 tu was pak su who was staying in singapore. cukup seronok tunggu pak su balik.. mesti ada mercun and coklat banyak2. hehe.. memang satu family hantu coklat. tapi bila pak su dah kawin in 1981, dah tak dapat mercun lg. huhu.. rasa sungguh sedih bila pak su kawin.
tapi.. ada satu kenangan bulan puasa yang sangat best. that was while kita masih duduk kampung.. maybe masa umur 4-5 tahun. ingat2 lupa... tapi kita masih ingat meriahnyer ramai org datang rumah kita. org dewasa datang tgk musabaqah, budak2 main2 kat luar rumah... sambil minum air limau kasturi dan main bunga api. rumah ayah memang selalu jadi tumpuan masa kat kampung. everytime balik kg tengok tapak rumah ayah tu... satu perasaan yg tak tahu nak cerita.. nostalgia.. sekarang tapak rumah ayah tu kami dah jadikan tempat untuk student tahfiz berekreasi.
dan best juga bila ingat pergi shopping kasut raya, dan bila dah dapat baju raya. tak boleh nak imagine camana belanja ayah dan che nak sediakan persalinan raya untuk kami semua. ye la.. adik beradik 10 orang. tapi, rasanya baju raya sentiasa ade 2-3 pasang. and bila kakak2 dah start masuk university, depa banyak tolong che. rasanya, che setakat tempah baju kurung je for us, dress and baju lain2 kakak2 yg beli. hehe.. masa tu seronok, dapat baju from kl and oversea.
kami juga rajin buat biskut raya. kita buat dua team in the family, and lawan buat biskut raya. semua kami buat sendiri, ikut resipi dalam magazine. bila time berbuka, sibuk nak merasa yg mana yg sedap. che tak pernah buat biskut raya, dia cuma buat kek je. tapi sekarang, dah tak sempat buat... semua beli je.
haa.. ini gambar malam raya, with cousins. ccuba teka mana satu kita? haa.. yang duduk depan sekali pakai baju merah. dan pak su is the one at the back pakai baju melayu hitam, masa ni dia baru balik from UK, baru abis study. ayah was also standing at the back, pakai songkok and bush jacket berdiri dua dari kanan. suka tgk ayah.. handsome :)
itu semua kenangan hampir 30 tahun yang lalu... hmm.. sungguh2 sudah tua kita! sekarang kami semua dah berjauhan. kat kb cuma ada che dan ayah. kesian mereka tinggal berdua. lebih sayu mengenangkan che adakalanya berbuka sendirian sbb ayah terpaksa berbuka di masjid. minggu lepas kami balik kb, mereka sungguh gembira. minggu ni syam and kakrah akan balik berbuka dgn mereka. kami akan pulang mungkin 2 minggu lagi. next week on call. walau sesibuk mana pun kita, luangkanlah sedikit masa utk kedua ibubapa.. apalah sangat kepenatan travel berbanding keseeronokan mereka berbuka dgn anak2 dan cucu2. berbaktilah selagi mereka ada..
selain beribu ganjaran ramadhan, bulan ini juga penuh rahmat dalam merapatkan hubungan keluarga dan silaturahim sesama insan.
ihya ramadhan!!
No comments:
Post a Comment