pagi semalam sempat menjenguk sahabat di kamar hospital. sudah 2 minggu admitted. dehydrated, severe vomiting, tidak sebiji nasi pun dapat di telan. bukan baru 2 minggu, tapi sejak 10 minggu lalu. air kosong pun tak dapat ditelan. segala yang disuap, keluar semula. sehingga keluar blood-streaked vomitous.
dia yang sentiasa ceria, kini lemah tak bermaya. kurus dan cengkung. terlantar di katil. bukan senang nak jadi ibu.. banyak dugaannya. seperti kata beliau, lepas satu, satu derita menimpa. mulanya hanya tak lalu makan, kemudian muntah-muntah, terus sehingga fainting attack. demam panas. lelah yang datang dan pergi. kemudian orthostatic pleural effusion. dan terkini PV bleed. and last thursday, she finally aborted, tapi incomplete. saat diziarah, beliau menanggung contraction pain, sakit belakang dan lower abdomen. sama seperti mahu melahirkan. sakitnya belum berkesudahan. prosedur dirancang belum dapat dilakukan, dan beliau dipindahkan ke high dependancy room.
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. saat kita sibuk mencari rahmat dan ganjaran ramadhan, beliau terlantar tak mampu berbuat apa2.
semoga segalanya dipermudahkan untuk beliau. dan semoga beliau lekas pulih dan sembuh. doa kami mengiringinya.
we miss you, Dah. luv ya..
No comments:
Post a Comment