AMARAN: ini entri separa emo, harsh words might be used. if you think you cannot tahan, then jangan baca. BUT to EDI, since this is dedicated dearly to you, silalah layan bebelan ini sampai abis... (untuk makluman, edi has given his permission for me to openly kutuk him in this blog... so, be cool bro! you asked for it!)
dearest edi,
i was really pissed-off yesterday! and you were the culprit. sampai hati you malukan i depan semua orang kat klinik tu... ingat i ni tak de perasaan ke? selamba je kutuk i and my blog. hidup tak sedar di untung!
edi, this is my blog! suka hati i lah nak tulis ape pun! yang you sibuk tu apsal? nak salahkan kita keluar reminder kat dia punye email... bro, mungkin kau jakun, reminder tu computer generated from friendster. tak de kerjalah i nak gi emel semua orang suruh baca my blog updates. kalau pun reminder tu sampai kat you, kalau tak suka, tak yah baca! delete je reminder tu... tak de orang paksa kau baca pun. umur dah 28, benda simple cam gitu pun tak boleh decide sendiri ke? ...sia-sia je masuk faris petra! agaknya kau ni kalau masuk pengakap masa dulu2 mesti selalu sesat masa camping... yelah, tak pandai buat decision, sentiasa di persimpangan dilemma!
lain kali kalau nak komen orang tu, sedarlah diri tu sikit... lima bulan duk kat department kita tu, sape yang sabar je mengajar you tu? you nasib baik... i jarang nak naik angin ngan you. pakai ilmu ke? tahu takut bila dengar i marah kat MO lain. pandai pulak mengadu kat kita macam2. telinga ni jugak yang duk dengar... pas tu dah berani komen kita pedas2 - tak pandai masaklah, garang sampai kawan kita tu abortlah... la ni dah mula pandai nak menjawab, orang tegur sikit, jawab berjela2... sekarang dah naik tocang, mengata kita depan semua orang! dik, tak perlulah i nak declare i ni sape, sendiri mahu ingatlah! paling kurang pun, i ni your supervisor? you tu nak buat cme presentation pun gabra giler, pengecut! hormatlah sikit... cakap siang pandang2! memanglah org ganu ni tak pandai mengenang budi!
bila i rationalized kan what happen yesterday, i rasa sebenarnya you ni in denial mode. sebenarnya you suka nak visit my blog, and read it, tapi tak nak ngaku... biasalah species yang ada gen XY ni, male chauvinist. ego. edi, i ni suka blog-hopping, i tahu, kalau kita tak suka that blog, tak de kerjanya kita nak gi buang masa kat situ. kita visit mana yang kita suka je. jadi ngaku jelah... sebenarnya kau suka jugak nak baca blog ni. kalau tidak masakan malam tadi kau ternanti2 reminder tu datang kat kau punyer emel. ternanti2 i tulis pasal you kat blog ni. huh! giler glamer! biasalah orang bujang... suka publisiti murahan! ngaku jelah... walaupun mungkin kau tak suka, tapi sebenarnya adalah suka juga... haa... tu ambivalent namanye, kalau tak diawasi, nanti kena refer psy!
edi, millenium hair tu dah banyak... wise konon... nak tergelak mendengarnya! tak yah perasan kau tu cam richard gere, yang dekat pun ramai, shahrir samad ada, najib pun ade. baik kau berangan jadi cam najib, boleh gak jadi PM, untung2 dapat bini cam rosmah... haru kau!
oklah, dah banyak i buat dosa malam ni with all the harsh words. tapi, i tak cakap belakang, memang ditujukan khas untuk you! you pun dah tertunggu2 entri ni dari semalam. so, camana? i tahu you mesti senyum je baca ni... you kan perasan hebat! kalau sudi nak bagi komen, saudara dengan hormatnya dipersilakan.
sebagai orang yang berhati mulia dan berperikemanusiaan, i nak jugak minta maaf. yelah, malam ni kita sarcastic, memang sengaja pun. tapi you sewajarnya minta ampun dari kita, jangan sekali2 menyakiti hati orang mengajar kita, tak berkat ilmu! i tak nak menagih keampunan dari you. sendiri mahu ingatlah...
p/s. oops, lupa lak nak pesan. malam ni you duduk sorang2 kat rumah tu kan... jaga2 ye, kutnya malam ni you bernasib baik nampak benda2 yang menakutkan... tidur bukak lampu ye! jangan lupa pakai spek masa tidur, supaya imej menakutkan tu you nampak jelas-jelas. kalau tersedar tengah malam, jeling2 kat sebelah, kutnya ada perempuan cantik berambut panjang sedang menatap wajahmu sambil menarik2 ubanmu... dan tiba-tiba wajahnya berubah... menyeramkan!
i doakan you mimpi hantu malam ni. sediakan quran/yaasin disebelah bantal. gud luck!
No comments:
Post a Comment