Tuesday, March 2, 2010

sedih

lately, selalu rasa sedih, and felt down.

it was made worse when you have to face it alone.

tengok movie The Reader sampai menangis2. ceritanya biasa je (though listed as top 5 for academy awards 2009). selalu cam gitu... movie as a medium utk memudahkan release kesedihan. tak mudah kita nak nangis gitu je. kalo tgh sedih, tengok je winter sonata, stepmom or my best friend's wedding... sure dapat nangis puas2.

pagi tadi, kena tegur mata bengkak. and dlm kita bercerita ngan a friend, mata dia jelas berkaca2 mendengar cerita kita. before we went out for lunch, kawan tadi meluahkan kesedihannya and cried. perempuan menangis bukan kerana manja. bukan mengada2. bukan emosional. perempuan menangis kerana jiwanya lembut, hatinya mudah tersentuh dan keupayaan menyelami perasaan insan lain.

for the past few weeks, there were news on the media that had been very disturbing. hari2 boleh baca - bayi ditinggalkan di pagar masjid, mayat bayi ditemui dipenuhi dengan semut, bayi dibakar dalam tong sampah, bayi di buang dari atas lebuhraya... dan paling sakit menyelami keperitan shafiya humaira di saat-saat akhir kehidupannya. azabnya syafiya..

begitulah bila hidup bertunjangkan nafsu. sanggup buat apa sahaja demi keseronokan yang seketika. pendek akal. sanggup bersusah payah hamil 9 bulan, dan kemudian melahirkan dan dibuang saja. tiadakah naluri ibu tika mengendong nyawa janin di dalam perut yang semakin membesar? tiadakah jalinan perasaan tika merasa indahnya tendangan janin, manja dan menghiburkan. tiadakah perasaan tika menatap wajah comel bayi yang dilahirkan? tidak terkenangkah setelah ditinggalkan?

anak itu anugerah. amanah. suci. bersih. janganlah disia-siakan. ramai yang mengharapkannya, menunggu kehadirannya, tapi tak semua yang menerima anugerah itu.

hidup biarlah bertunjangkan iman, dan digerakkan kebijaksanaan.

No comments:

Post a Comment