Thursday, June 25, 2009

maid in a muddle

MAID - tak ada susah, ada pun susah.

when i was small, rumah kami tak delah proper maid, but we always have someone in the house to take care of us yang kecik2. mereka ni selalunya sedara mara, therefore kami tak delah panggil maid. more of a helper.

during primary school, we have my dad's cousin staying in the house to take care of my little sister, elly. she was older than my dad, single and sangat cerewet. since dia ada kat rumah, dia tak only took care of elly, but more or less tolong jaga kami sekali. masa tu, we don't really like her. kalau terjaga tidur malam2, bunyi dia snoring macam bunyi drum + cymbals. ingat lagi bunyi tu...

banyak benda yang tak boleh buat and kena marah bila dia ada. kami tak boleh makan ngan chopsticks, nanti dia kata nak jadi cina. tak boleh makan tumpah, nanti kena marah. my late tok ayah had stroke, and always had problems makan nasi mesti tumpah bawah meja, and bila cuci mulut kat sink, mesti basah keliling sink. itupun dia bising. he.. tak faham ke tok ayah tu sakit? so, akibatnya, kami selalu mengata dia. masa tu i kecik lagi, dalam darjah dua, so i baik sikit, tak pandai nak menjawab. tapi kalau my elder sisters tu selamba je menjawab mulut dia.

yang bestnya, kami mengata dia depan2, tapi kami cakap orang putih sebab tak nak bagi dia faham. nama dia pun kami bagi nama mat salleh. we were supposed to call her mak nik, but her english name was Monica Davis. so, kalau kami tetiba je speaking tunggang langgang, maksudnya geram benarlah tu and mengata2 dia. punyalah kita mengata dia, bila jumpa sedara mara, dia akan puji kami melambung sebab pandai cakap orang putih, kat rumah pun speaking... kami senyum dan ketawa je.

tapi sekarang dia dah tak de. last sekali masa visit dia, sungguh sedih... drama airmata. very sad.

back to maids.....

so far, my maid, k.syam boleh tahanlah... as compared tu maid my sisters. but since she return from her 2 weeks raya leave, perangai dah lain sikit. lagi ketara bila we agreed to give her a handphone. bila dah ada hp sendiri, maka panjanglah langkahnya. asyik bergayut kat telephone. maid neighbour sebelah pun banyak ajar dia macam2. tapi kalau tak bagi berkawan, melampau pula.

rupanya my maid ni dah ada boyfriend. patutlah asyik bergayut. kdg2, sambil masak pun pegang telephone. i pun pernah jumpa notes jiwang2 masa balik KB. then mula nak minta duit. dulu2, duit gaji pun tak nak ambik, nak simpan buat beli rumah. lately, asyik mintak duit, bukan sikit. sekali minta sampai RM1ribu. yang geramnya dia banyak berdalih, kata nak bagi anak, then sedara tapi tak nak kami wire it to indon thru western union, maid neighbour sebelah akan uruskan, katanya.

rupa2nya duit tu nak bagi boyfriend. what makes me mad, bila i only got to know all these thru my sister, who got to know from her maid. and ksyam also ada bercerita ngan my mom. tapi, biasalah, my mom ni pun tak nak cerita ngan i. they know... i akan marah punyer. lagi geram bila mr hubbyby pun tahu, tapi tak de pun nak cerita ngan kita. agghhhh......... siapa kita ni? duit gaji dia siapa bayar? saya yang bayar!

last few weeks, dah mula pandai nak minta cuti, nak gi jumpa kawan in kuantan. mr hubbyhy and i had long discussions. bukan ape, kita risau if anything bad happen to her. dia bukannya biasa kat kuantan. dia ingat malaysia ni macam medan ke? hubbyby called the 'kawan', but no answer. i takut kalau dia gi jumpa org laki. susah hati juga... men cannot be trusted. but she insisted on going.

so hari ini, for the first time after 3 years, we let her go on a trip by herself. naik bus gi kuantan. she promised to call when she reached kuantan. sampai sekarang belum call. may she has called mr hubbyby. harapnya everything will be ok, and hope she will return safely this satuday.

berat hati melepaskan dia macam nak lepaskan anak. sedih gak bila dia salam cium tangan pagi tadi. tapi i control je muka stern...

so, petang ni balik rumah, there is no tea waiting for me on the dining table. sunyi pula rumah. sofea wants to stay with hubbyby at amethyst, and balik malam ni. hanif keluar main badminton depan rumah.

what's for dinner? selalunya khamis malam ni, i nak rehat betul2 coz dah penat kerja one week. so, it will be take-away pizza for tonite.

esok... breakfast, laundry and kemas rumah. my mother in law might singgah rumah kejap on her way to kemaman for a kenduri. then, my parents and elly and her family will come to my house on saturday. elly baru balik umrah and balik kb to pick-up her children, so balik KL ikut jalan KT.

am expecting a hectic weekend. hmm... dah lama jadi mem, i believe i can be a superb domestic goddess. hehe... boleh caya ke? will see...

No comments:

Post a Comment