Monday, June 22, 2009

serat dalam kabut

hari ni, aku nak melayu abes. tiada unsur barat.

dah lama aku tak 'bercakap' di sini. akhir2 ini semua entri di blog ini bersifat ringkas dan "read between the lines" atau tersirat di dalam klip2 video, sape faham makna tersirat, maka fahamlah.

aku. aku jarang menggunakan gantinama ini. dalam ruang lingkup aku dibesarkan, kalau cakap 'aku' dikira sangat kasar, tak sopan dan tak manis. cuma mula gunakan gantinama 'aku, kau dan mu' bila masuk matrix. it was reserved untuk beberapa org kawan perempuan je, boleh bilang ngan jari. banyak guna gantinama ini bila cakap ngan budak laki je.

tapi hari ini, aku nak buang tebiat.

hari ini aku ada masalah. tak besar, kecik je. tapi cukup utk buat aku serabut. he... nak tergelak pun ade... umur macam gini nak emo lagi ke?

edi kata aku dah "tua". ok. emo tak sesuai utk orang tua macam aku. laila kata umur tu cuma angka, tak de makna. bagus laila, itu cara orang matang berfikir.

aku bengang sebab kena pergi workshop yang aku tak minat. aku tak suka buat benda yang aku tak minat. susah ke orang nak faham? tak ade makna pergi kalau separuh hati. jasad saja yang hadir, tanpa rasa, akal dan emosi. dah cukup berhemah aku tolak, dengan bahasa yang paling mudah dan senang difahami. ok, mungkin boss percaya pada aku, dan fikir cuma aku yang boleh ganti dia. tapi itu yang buat aku berat hati. aku dan dia tak sama. aku tak suka mensia-siakan amanah orang. adakala ia menjadi beban.

hari ni aku ikhlas tolong orang. tapi kerana tolong orang, hari aku jadi 'miserable'. ada ke orang nak tolong aku? tak jugak. aku 'panas' dalam menggigil kesejukan. aku pegang tangan nori, mengharapkan magis tenaga yang bergabung, macam bila aku pegang tangan nani selasa lepas. tapi nori ketawa. aku rasa macam budak2. mungkin banyak sangat tengok katun.

tak guna serabutkan kepala. ok. tarik nafas. senyum. harap esok lebih ceria.

No comments:

Post a Comment