breakfast hari ni nasi lemak. kita memang suka nasi lemak. dulu, kini dan selamanya. so far, belum jumpa nasi lemak sedap kat KT. home-made nasi lemak is much better. orang ganu pelik, makan nasi lemak ngan ikan tongkol. nasi lemak mestilah makan ngan sambal ikan bilis, tapi kena pilih ikan bilis yang eloklah. kalau ada sambal udang or sambal sotong tambah berselera. kadang2 boleh juga tambah ayam goreng.
pagi tadi kita makan dua pinggan. hmm... my dua pingan is equal to satu pinggan my hubbyby. tapi itu dah kira baguslah! cuma tadi tak de cucumber, so.. ada kurenglah sikit.
nasi lemak paling best mestilah masakan ibu. tapi, since my mom was a teacher, selalunya nasi lemak ni dia buat time weekend je. hari biasa, makan roti, or beli nasi lemak neighbour. sedap juga. kita juga tak boleh lupa nasi lemak yang dijual my friend, mariani, kat ZS dulu. mak dia buat nasi lemak tu, dan dia jual kat sekolah. sedap... sampai cikgu pun boleh kirim ngan dia.
satu lagi yang kita suka makan utk breakfast is nasi kerabu. orang kelantan... mesti suka nasi kerabu. selain dari mak punya, kita ingat lagi betapa sedapnya nasi kerabu arwah mak cik yam (auntie). dia jual depan rumah dia kat kampung. sungguh sedap. selain dari kerabu yang wajib, i suka makan nasi kerabu ni ngan daging bakar. ayam bakar and ayam percik pun oklah. kalau ada telur masin sedap juga. warna nasi tu kita tak kisah, putih ke, biru ke, kuning ke, asalkan nasi kerabu. yang sedapnya mestilah pada tumisnya. nasib baik kat KT ni dah jumpa kedai nasi kerabu yang sedap. so tak de masalah kalau mengidam.
nasi dagang... kita kurang suka nasi dagang sebab ia buat kita jadi ngantuk. tapi kalau diberi pilihan, kita suka nasi dagang terengganu compared tu nasi dagang kelantan. why? sebab gulai ikan dia lain sikit, and pedas sikit. tapi kelebihan nasi dagang kelantan, kita ada banyak lauk - ayam, udang and ikan. biasalah... kita memang kurang suka ikan tongkol/aya.
dan kita juga sangat suka laksam. sedapnya laksam pada kuahnya, mesti cukup pekat dan cukup ikannya. dan juga pada sambalnya. laksa pun bolehlah, tapi kalau laksa, kita prefer laksa penang. mesti cukup asam pedasnya. masa balik brazil dulu, sampai KLIA je terus cari laksa penang... rindu sangat masakan pedas2.
org kata, gi penang makanlah nasi kandar. ntahlah, kita kurang minat indian food or masakan mamak. kecuali roti canai - satu keping tak cukup, paling kurang 2 keping. masa kecik2, kita makan roti canai ngan gula. bila dah besar, kita tak faham kenapa dulu kita makan ngan gula. kuah kari campur dhal... best! kat KB ada roti canai cotek' dekat ngan sutera inn. dulu, hari khamis, bila habis ward round, boss bawak kami makan roti canai cotek' ramai-ramai.
kenapa duk cerita pasal food ni? may be bcoz my appetite was so good in penang. i think the different environment and cara masakan yang berbeza dari biasa yang bukak my selera. mungkin juga kita lebih relax and tenang kat sana. tak de benda2 yang memeningkan kepala.
tadi cikgu hanif call. esok ada another meeting with parents regarding H1N1 at his school. apa dia nak cakap esok ye? i pun tak tahu apa berita aleesya, rumahnya pun macam tak de orang, kereta pun tak de. hope she is fine.
esok nak breakfast apa ye? oh... esok kita nak puasalah...
No comments:
Post a Comment