Monday, July 20, 2009

smoke on the water

hari ni cuti. keputeraan sultan terengganu. israk dan mikraj juga.

ikut plan asal, hari ini perlu bereskan kerja. mesti. wajib. dah lama kerja ni tertangguh, perlu siap sebelum rabu. datang khamis, aku perlu hasil kerja itu. otherwise, aku tak boleh maafkan diri aku sendiri.

tapi all work and no play makes jack a dull boy. ahh... sungguh boring! ada beberapa sebab kerja masih belum selesai. tiada scanner. the old scanner tak compatible with all the computers that we have in the house now. nak beli baru? rasanya malas nak tambah barang dalam rumah ni sehingga kami pindah rumah baru. banyak sangat barang, serabut! dan masih banyak barang dalam store yang kotaknya masih belum dibuka sejak di bawa dari rumah lama.

sunyi.....

sepi....

sofea dan hanif ke amethyst. mereka seronok kalau dapat ke amethyst. hubbyby melarikan mereka dari aku supaya aku boleh tekun bekerja. tapi bila mereka tiada sungguh sunyi. tiada org utk bercakap. tiada benda utk dibebelkan.

cuma ada aku dan bibik. sejak peristiwa akhir june lalu, aku dan bibik tidak lagi mesra seperti dulu. aku tak suka orang yang tidak jujur. kita jaga dia dgn baik, dia sanggup membelakangkan kita. kita rasa tertipu. bukan berdendam, tapi geram.

semalam pagi dia menangis, minta izin pulang ke medan. katanya anak sakit. susah untuk aku percayakan dia lagi. berapa lama mahu pulang? satu bulan. aku benarkan cuma dua minggu. dia mohon utk beli bagasi lebih besar. jauh di sudut hati dapat aku rasakan, dia bagai mahu pulang terus. mungkin tidak mahu kembali ke sini lagi. diakan sudah bersuami.

aku perlu faham. mungkin dia sunyi. mungkin dia rasa bersalah. lantas sudah tidak selesa lagi. belas perasaanku melihat dia termenung jauh ke luar pintu dapur. bibik jiran sebelah juga sudah tiada, mereka sudah pindah.

belas, aku juga tersentuh. naluri seorang ibu dan naluri wanita. aku faham. tapi aku sengaja berkeras. ego. kejamkah aku? kenapa aku perlu membuat dia terus rasa bersalah? dia sebenarnya cukup baik sebagai bibik. kalau dia pergi, aku mungkin tidak mencari ganti. dan hidup kami perlu di orientasi kembali.

****************************************************************************

prestasi captain future merudum akhir2 ini. kenapa? ntahlah. internet connection asyik terputus2 biarpun icon streamyx tiada masalah. program juga kerapkali hang. virus? anti-virus updated.

naik main games pun tak seronok. slow. movement tak mantap.

***********************************************************************************

ok. dah puas membebel sendirian. aku perlu kembali bekerja. bekerja di hari cuti. angkara siapa? angkara sendiri. bertangguhlah lagi. rasakan sendiri!

No comments:

Post a Comment