MrX added me on facebook! haha.. berfikir2 juga. akhirnya accept je. bukannye ada benda pun. cerita dulu-dulu. kita pun bknnya serius sgt dulu. siap lari2 lagi, sengaja stay lama2 kat spital, malas balik rumah coz kena jawab his calls. kita cuma tak pandai nak berpura-pura... salah ke? tak de chemistry. tak pandai nak buat2 suka, tak real!
tapi, kita kalau suka orang... haha.. dahsyat jugak! tak nampak muka dia, nampak motor dia pun tak pe. NS 2743, bukan motor baru pun, tapi lain dari yang lain. bila gi solat kat surau hostel tu, mesti nak duduk sebelah kakak dia. his niece yang sebaya ngan kita (law student) pun ntah camana boleh jadi kawan baik kita. kad atm kita pun asyik kena telan sebab asyik ingat matrix no. dia. paling seronok bila cam ada chemistry... color baju asyik sedondon. haha... kelakar tul zaman dulu2. siap pasang angan2, bila ada kereta nanti mesti pakai no. NAF .... ada makna tu! hem.. that was esperanto, and he was the one yang tolong proposekan MrX to me. haru..
itulah dunia dan manusia. kita suka dia, dia suka orang lain. orang lain suka kita, kita pulak tak suka orang tu. kadang2 sama-sama suka tapi pengecut, tak tahu mana nak mula. kadang2 suka sama suka, tapi.. ada je halangannya.
tu cerita dulu-dulu..
now, kalau keluar jalan2, kita selalu perhatikan dan gelakkan budak2 muda yang kononnya baru nak belajar2 couple. honestly, kita tak pandai nak couple zaman dulu. kita suka berkawan je. ber'couple' tu tak real pada kita. mesti asyik nak impress couple je. tapi kalau kita berkawan, kita tak perlu buat2 baik, tak perlu berlakon. kita cuma perlu jadi diri kita. no pretending. be yourself. kalau orang suka kita, then dia suka the 'real' kita, bukan perempuan yang control ayu.
but you'll know when the feeling come creeping deep inside. you'll feel comfortable together. the day won't be the same without him. seeing his name when the phone rings and getting his text messages makes you smile. you'll feel much better when you know he cares. you'll know he'll be there when you need a shoulder to cry on. we're just humans.
to love is to share. to love is to care. sincerity. honesty.
love means never having to say you're sorry.
to those who are still single, doalah untuk jodoh yang baik, yang boleh menerima kita seadanya, yang boleh membimbing kita dan membahagiakan kita dunia akhirat.
tak perlu criteria panjang berjela, tak perlu harta melimpah ruah, tak perlu rupa sehandsome tom cruise atau secantik aishwarya rai. kalau baik akhlak serta pekertinya, halus budi bahasanya, teratur solatnya, menghormati yang tua, menyayangi yang kecil, insyallah baiklah dia. biarlah dia seorang yang cekal dan kuat jiwanya, lembut hatinya, sabar dan tabah menghadapi cabaran, kerana pelayaran hidup ini tidak selalunya di air tenang, penuh ranjau dan duri.
a good friend of mine, Mr Saviour pernah kata - perempuan ni macam cake, lagi lembut and lagi cantik cake tu, lagi org laki suka. tapi kita tak setuju ngan dia. jawapan kita pada mr saviour - buat apa cake cantik and lembut kalau tak tahan lama? dibiarkan pada suhu bilik, maka cairlah cream yang menyelaputi cake tu, salah cara potong, hancurlah cake tu, kalau dibiarkan dua tiga hari, berkulat pula. kalau nak pilih cake pun, pilihlah yang asasnya kuat, macam fruit cakes, tegap tapi lembut, fruitful pulak tu, dan tahan lama compared ngan other cakes. nak lebih cantik, bolehlah letak marzipan dressing, tak cair. sebab tu, wedding cakes mostly are fruitcakes dressed in marzipan... well, what say you?
kata dhuha, dia mahukan cinta tiga segi - aku, dia dan Allah. best of luck, doo!
No comments:
Post a Comment